Isnin, 8 Ogos 2016

Cara Buat Ubat Untuk Jantung Tersumbat Sangat Mudah

Rasa ramai je orang dah blog pasal ni. Aku blog untuk rujukan masa depan. Sebab lepas ni aku nak kena buat untuk simpanan kami. Yang ni aku buat untuk abang aku.

Resipi dapat dari Mama. Berialah dia tolong buatkan copy. Mudah aje. Tinggal lagi rajin dan malas je.

Rebus keempat-empat bahan dibawah sehingga mendapat 3 cawan.

Sila buka semua tingkap dan pintu masa masak ni. Dia punya bau.... mata turut akan pedih.


  1. Jus bawang putih 1 cawan
  2. Jus halia 1 cawan
  3. Jus lemon 1 cawan
  4. Cuka epal 1 cawan
Kemudian setelah sejuk masukkan 3 cawan madu. Kacau dan simpan dalam botol letak dalam peti ais.

Dah siap masak dan bercampur macam nilah warnanya..kot tadi hijau aku pun tengok erm macam potion apa je.

Pakai measuring cup ni untuk tuang dalam botol

Botol ribena je mampu 1.8 liter. Nampak kotak Cornell kat belakang tu la juicer kami guna. Bila panas je dia stop. Hahaha.

Hendakla diminum satu sudu makan sehari sebelum makan apa2 pun. Seeloknya waktu pagi.

Insyaallah jantung yang tersumbat akan berjalan lancar. Elok ni untuk aku yang kolesterol Very the....


Segala mak nenek jus tu dapatkan melalui perahan juicer. Tak boleh campur air ok. Ikut pengalaman buat ni..macam2 terjadi. Hahah first time la katakan. Nak kupas bawang tu bercinta sebab kulit jari sampai luka dan bila kena air bawang putih tu pedih. Jadi belilah sarung tangan plastik untuk cover. Halia dipotong kecil2 sebelum masuk juicer. Lemon potong 2 ok. Kulit kena buang ya lemon tu jangan masukkan dengan kulit2. Nanti pahit pulak.

Sayangi Jantung Anda..dan duit anda..

Lemon 2 beg
Bawang putih 2 setengah beg
Halia dalam RM6
Tahukan beg2 yang dah disiapkan Giant tu...
Cuka epal dalam 1 botol.
Madu dalam 1.4kg. Kami pakai 2 jenis madu..ada satu tu bercampur black seeds ataupun habbatus sauda. Sebab pakai 1kg tak cukup.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tahu...tapi lebih seronok buat. Macam masak nasi berperisa la...hehe

      Padam
  2. baru tau..hahha
    bagus jugak made sndri

    BalasPadam
  3. aritu ade buat ni kt opis.. bos y sponsor semua bahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya bos.. lain kali beli bawang putih yang dah siap kopek terus..penat..hehe

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.