Selasa, 30 Ogos 2016

Hujan Lebat Diwaktu Pagi Setelah Sekian Lama Kekeringan

Lepas subuh turun ke dapur keluarkan ikan dan daging kisar. Plan nak masak apa dah bincang sejak semalam. Sambil2 cuci pinggan hujan turun dengan lebatnya.

Kemudian naik balik atas katil berkelubung sejuk. Hahaha.

Hari ni masak kari ikan bawal emas dan begedil. Sebab buat begedil lagi untuk memenuhi permintaan suami. Kali ni memang takde daun ketumbar semua tu. Suami siap beli daging kisar dari Australia. Selagi mampu layankan aje kehendak suami. Aku suka je masak2 untuk dia makan. Lagi2 kalau ada segala mak nenek yang diperlukan. Kalau takde tu pandai2la kreatif masak. Jangan buat kari ikan tapi guna rempah daging sudah. Memang tak sedap. Hahaha..nampak sangat pernah buat.

Dah siap masak semua makan begedil dulu. Ratah2 je. Tapi tak banyak sebab nak makan nasi. Kali ni kari guna jenama Mak Siti. Kan itu hari jumpa mak, berpaket2 rempah diberinya. Bila nak habisla...

Plannya nak susun atur rak pantri. Dan rempah2 semua dah teratur dalam drawer. Dulu drawer tu letak segala senduk dan sudu garfu. Bila sekali tu ku buka ada lipas...terus aku tukarkan jadi tempat rempah ratus. Bekas2 ada dibeli di Ikea, ada yang botol kaca guna semula. Nak pakai Tupperware sayanglah. Ada juga bekas2 plastik mak bagi. Macam2 saiz tu pasal nak kena pandai susun. Nak labelkan kat penutup. Belum buat.

Duduk rumah sewa bukan boleh sebarang beli perabot. Sebab kalau kena pindah haru jugakan. Tapi aku macam nak ke Ikea lagi. Hahaha. Nasibla dapat laki suka shopping juga.

Kali ni aku goreng kentang dan lenyek. Sambil dibantu budak Aqlan. Suka dia tolong. Tapi aku pegang sekalilah sebab bukan kuat pun dia smash. Hehe.

Sedapnya kari. Simpan esok lagi sedap cecah roti. Lalalala. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.