Aku pertama kali kot naik LRT baru. Jadi aku agak blur2 sikit. Bila tren datang aku takde nak masuk..tengok je. Haha. Pastu baru tengok jadual stesen tren.
Pagi2 malas nak pakai contact lenses. |
Naik jam 8.41am. Jam 9.14 baru sampai Chan Sow Lin. Kawan aku pick up kat situ. Kat situ pun blur. Hahaha. Tahu tukar tren je. Sekarang nak kena keluar stesen plak.
Dah masuk kereta pergi jemput seorang kawan lagi. Kemudian bising tak tahu nak makan kat mana. Ngok ngek betul. Akhirnya pergi Bangsar dan pusing tah berapa kali cari kedai makan dan parking. Last2 masuk Raj makan roti sardin dan teh tarik. Amikkkk.
sabotaj je amik gambar diorang ni. Hahahaha. |
Lepas tu masuk Bangsar Village tawaf semua tingkat kalau boleh. Tengok jugak koleksi YunaxHatta di FV. Munge2 sangat besar tak berapa minat. Suka je tengok2. Lepas tu tengok ada juga jual pewarna kuku boleh bawak solat. Ada nota kecil aku baca...
- Boleh tembus air.
- Halal.
- Jika nak ambil wudhuk basahkan jejari dalam 30 saat dulu untuk pastikan air tembus. Kemudian baru berwudhuk.
- Sapuan setakat 2 layer je. Kalau lebih mungkin air takkan tembus jadi tak sah wudhuk.
- Kalau was2 jangan teruskan pakai. (Untuk dibawa solat. Baik tanggalkan pewarna kuku tu - ikut kefahaman aku.)
Tapi ada 3 jenis warna je kat situ. Tak menarikla...harga murah sikit dari LACC. Sebotol RM55.80 kot.
Kemudian gatal2 sebut Uniqlo kat Fahrenheit harga jualan untuk last season murah..terus pergi. Masa tu kaki aku dah sakit. Pakai kasut baru melecet. Terus masuk kedai kasut under Parkson beli kasut Daphne. Sale RM59 je..kalau tak RM140 gitu.
Them baru masuk Uniqlo tapi aku malas nak try apa2. Tapi kat sini memang murah2 la pakaian2 last season.
Makan makanan Bangkok, Greyhound Cafe disitu sebelum masuk ke Lot 10. Sedap juga. Yang penting merasa kek Birthday Reen yang ke 40 la. Hahaha. Dah 40 wei.. tahun depan aku..tahun seterusnya Ann. Macam tangga.
Dah habis makan masuk Pavilion sebab nak solat. Senang sikit. Kemudian diorang ni nak pergi The Face Shop. Si Faizal asyik cakap kulit muka aku lain. Ye lah nak ngata aku..kan depan2 tu memang masing2 mulut dengan kawan2 direct je. Hahaha. Aku kan pakai The Face Shop dah setahun. Jimat masih belum habis. Lagi satu aku ni bukan pagi petang malam pakai. Ikut dan aku jugak. Hahaha. So kalau aku lebih rajin mungkin lebih flawless. Haha.
Selepas tu tapau makanan untuk anak. Dan balik. Laki tunggu di ofis dia. Senang sebab nak pergi jumpa Aishah balik pasal baju yang dibeli semalam.
Sampai rumah..mandi.. solat.. makan.. minum..tidur. Aqlan tak mahu tidur pun aku tak layan. Buat2 tidur. Last2 abah dia yang tidur baik punya.
sy pun dah lama xnaik lrt,kalau naik sorg2 pun mesti blur2 gak..
BalasPadamKan..dah biasa naik kereta jadi lain macam sikit bila naik public transport.
Padam