Bila dah pergi dan tengok harga tengah murah ni..kalau 500gm RM45 camtu. Kalau beli 2nd purchase ada diskaun tambahan lagi. Which total 1kg will be RM88.50. Siap pinjam kalkulator. Sekali bila dah tanya...kata staff kat situ sah habis. Aikkkk... katanya kalau ada sale memang diorang borong. Yelah aku pun perangai macam tu. Haha.
Staff tu siap cakap nak buat IOU tak? I owe you tu maksudnya. Aku tempah dulu pastu dah ada stok dia call. Tak sure kena letak deposit ke tak. Aku pulak macam dah berkobar2 nak makan. Nak turunkan berat badan 15kg. Ko rasa over tak? Haha.
Dahla...aku pun malas nak ke mana2. Kerja aku turun naik tangga rumah dah buat kerja2 domestik. Basuh kain. Cabut rumput. Sapu daun. Main game. Haha. Eh lupa masak untuk anak aku. Laki aku ni tak kisah aku tak masak untuk dia. Tapi dia memang mintak aku masak untuk anak. Tapi kalau dah masak tu buatlah lebih...nanti kang apa pula perasaan..dapat tahu masak sedap tapi untuk aku dan anak je. Haha.
Semalam laki hantar mertua balik naik tren kat KL Sentral jadi dia pun ke Ben's NuSentral dan belikan chia seeds. Eh banyak pulak..ada promo ok gak. 600gm RM50. Ada free sebotol kecil untuk travel.
Hari ni start makan sesudu besar dengan air 1 liter dulu. Sila istiqomah. Cam kes air lemon infusion aku tu tak jalan sebab tekak aku sakit dan kering sangat rasanya makan lemon hari2.
Lepas ni cari resipi untuk masukkan dalam makanan..yeay.
buat air sirap, buh stevia buh chia seed. sdp!
BalasPadamEh Yui minum jugak ek..stevia ni gula buatan kan..
Padam