Selasa, 9 Ogos 2016

Keputusan Darah Kali Ni Lebih Baik Berbanding Dulu

Aku dan kolesterol tak dapat dipisahkan. Cumanya ia kolesterol baik atau jahat je. Jika last check up kolesterol aku lebih dari 7...itu sangat tak elok ya. Dan selepas 6 bulan makan ubat kolesterol dengan dos tinggi..aku dah berjaya turunkan sehingga paras yang elok.

Tak berapa dengar doktor tu cakap apa. Suaranya lemah lembut sangat. Aku pulak jenis tegas dan nak cepat. Haha gelabah ada sikit. Sebab makan tak pantang. Makan sedap je wei...apa ni....

Yang aku ingat doktor kata haa dah turun 4.3 ke 4 berapa tah. So kolesterol jahat dalam 2 lebih. Dia kata ok tapi kami akan stop bagi ubat sebab paras bahaya dah turun. Jadi lepas ni kena kawal sendirilah..erkk ..aku cakap eh kami dah jarang makan kat luar. Selalu masak...tapi suami saya suka kari. Doc cakap masak style India la takde santan..aku pun buat muka..boleh? Aku cakap ada ke beza santan kelapa dengan santan kelapa sawit? Dia kata sama je. Kalau nak jugak aku pakai susu uht ok ke? Dia kata ok tapi kena low fat. Cuma rasanya kurang lemakla...

Nak minum kopi ke teh sekali je sehari. Kalau boleh elakkan guna susu pekat manis. Aku pulak sekarang minum 3 in 1 je. Tak cukup aku letak krimer atau susu cair. Hahaha.

Takpelah laki aku dah jumpa resipi cara nak buat susu pekat. Guna susu UHT dengan gula. Masak tak boleh gelegak. Kena renih je. Weiii buat wei...

Kat rumah pun aku selalu guna gula perang. Garam bukit. Banyaklah beralih ke organik. Tapi tulah benda organik ni mahal sebab takde arsenik kan sebagai baja.

Next ambil darah bulan 28hb 11. Jumpa doc balik 27hb 12. Erm... lepastu kalau memang dah low tahap kolesterol jahat takde bekalan ubat. La ni sambung lagi.


Lepas tu aku pergi RHB bank tukar debit kad baru. Punyalah lama urusan tu. Padahal takde orang lain masa tu. Salah satu sebab lama nak confirm akaun aku dengan cawangan Ampang Point. Untuk hilangkan bosan...aku dok main hp la. Bila kad dah keluar, pegawai bertugas yang bagi kad tu terlebih ramah pulak. Hahaha...elokla aku balik hampir semua pintu shutter nak diturunkan.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.