Jumaat, 26 Ogos 2016

Keperluan Aqlan Setiap Bulan, Beli Dimana Yang Murah

Anak ni umur baru 2 tahun 5 bulan. Tak lama lagi lagi cecah 2 setengah tahun. Dah makin tinggi dah macam2 karenah nak kena sentiasa sabarkan diri...hahaha.

Masa masak2 nasi Mediterranean untuk lunch, tinggalkan dia layan youtube di PC. Dah habis masak nak ajak naik tengok bilik tu penuh dengan kismis. Satu bekas buat taburan..suruh dia kutip semua sekali..tahan diri ni..tapi kena piat sikit tu ada gak. Sebab dia ni suka gelak walau kita marah dia.

Hari ni buka drypantz baru. Dapat hadiah t-shirt. Tapi cam besar..setakat ni diapers ni memang elok sangat. Takde rash..takde kebocoran dan kering. Dulu2 nak bertukar pun laki asyik soal siasat. Dia tu semua suka mempersoalkan. So aku beli pek yang paling kecil dulu untuk test.

Sebelum ni Aqlan pakai pet pet lama juga. Hinggalah beberapa kali kes cepat sangat kebocoran dan tape mudah terbuka. Dah besar pakaikan jenis pants sebab selalu nak kena kejar2 dia ni. Nak mandikan kena kejar..dah siap mandi kadang2 lari juga.. selalu tak sebab dia kesejukan. Nak lari pakai tuala memang tak lajulah.

Note untuk diri sendiri, bila beli diapers jangan beli yang buat sale gila2. Sebab dah kena 2-3 diapers tu tape rosak..cam dah tak berkualiti.



Biasa beli RM30 je..kalau kurang lagi bagus. Max beli RM32. Kalau lebih cari kedai lain. 

Ni kalau paling murah dapat RM25. Kalau kena RM28 ok je lagi. Sebab sangat bagus 12 jam ok. 

Beli kat Mydin RM103.90. Usha kat Big Pharmacy sebelum dah RM110. Nangis..

2 ulasan:

  1. lg besar lg bnyak akal kan..
    anak sy tak blh pki dypers dia jadik merah2..pet pet jugak sesuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia kena rash kalau salah makan je. Alhamdulillah la setakat ni..cuma kalau kena gigit nyamuk tu ermmm...

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.