Rabu, 3 Ogos 2016

Masak Sekali Harung Je Yang Senang Ni Pun..

Kalau laki pergi kerja aku memang malas nak masak beria. Kadang2 aku makan roti je dengan Aqlan tu. Nasiblah boleh hadap bila disapu dengan Nutella, atau butter atau celup telur atau buat scramble egg. Kesian juga budak tu makan macam tu kalau tiba masa mak dia malas. Adoii.

Hari ni aku masak nasi bawang. Tapi tak tahu nak masak lauk apa..ikan bukan dia suka makan. Ayam pun jenis masakan dia pilih. Ayam goreng memang dia tak suka.

Jadi nak jimat masa aku masukkan ayam dalam nasi bawang. Haha. Nasiblah jadi dan boleh dimakan. Aqlan makan bawang. Tapi kalau dia terkena halia atau bawang putih.. bye bye dia tak makan dah..


Esok masak nasi tomato la. First time nak try. Kari udang..serbuk rempah pulak takde.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.