Sabtu, 13 Ogos 2016

Ke AEON Piazza Shah Alam, Untuk Makan Sushi

Dah lama tak makan sushi. Sushi yang kami suka pergi makan Sushi King je. Takpun sushi dalam AEON tu. Bila beli dah jam 7 ke 8 malam ada diskaun 30%. Masa duduk Ampang selalu ke Quill City Mall.

Lepas zuhur pergi..sampai sana terus cari Sushi King. Aqlan kami bagi makan ayam goreng crispy yang dicucuk pada lidi sate. Aku dan laki makan 18 pinggan sushi. Erk..termasuk 1 california crab roll. Air teh hijau sejuk. Bayar pakai kad Hong Leong Bank dapat 10% diskaun. Dulu2 ada member kad..tapi sejak setahun makan sekali dua je..tak  berbaloi pulak nak renew card member.

Kemudian jalan2 sikit. Tengok baju2 di Uniqlo..tentulah tengok Hana Tajima punya. Tapiii sabar jelah dulu nak beli pun bukan perlu..semua kehendak kan..

Aqlan pulak asyik main kejar2 sebab dia ingat kitorang kejar dia. Padahal kita nak bawak dia balik. Bising jugakla dalam kedai tu dengar dia gelak2 happy. Sampai ke luar mall baru dia macam marah sebab tahu nak kena balik. Sorryla nak..kami penat. Haha.

Saja test...untuk tengok celak Maharani ni lama tak lekat kat mata..so, memang lama..takde comot langsung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.