Khamis, 11 Ogos 2016

,

Menguji Ketelapan Air Pada Pewarna Kuku Halal Lacc

La ni orang pakai cutex tak kira period atau tidak. Dulu2 kawan2 aku pakai masa period sebab senang takyah nak cuci selalu bila nak solat. La ni ada macam2 jenis pewarna kuku. Yang kekal..yang mudah tertanggal..yang lambat kering..yang halal..yang boleh kopek2 je bila nak tanggalkan.. dan teknologi yang dah sejak 2013 pun yang telap air..jadi pasaran dia untuk Muslim yang mahu cantik2 tapi bila solat masih lagi memakai pewarna kuku. Tak payah nak tanggalkan pewarna kuku tulah maksudnya. Kan ke leceh kalau ke hulur ke hilir dengan air pencuci tu.

Aku tahun ni kali pertama seumur hidup pakai pewarna kuku. Aku asyikla menengok pewarna kuku yang dijual di IG bernama letresormy. Sebab pertama..aku tertarik adalah...bahan buatannya tiada unsur haiwan. Vegan friendly. Halal. Lagi katanya telap air.. ehhh macam tak percaya je telap air. Ye ke? So aku yang masih ragu2 ni pakai2 jugakk....tapi bila nak ambil wudhuk aku tanggalkan. Selalu pakai lepas isyak. Nak subuh tu gigih cuci cutex. Hahahaha.

Hari ni aku buat ujian lah. Nyampah jugak pakai tanggal pewarna kuku ni. Macam aku rajin sangat nak kaler2 dengan budak Aqlan asyik datang cek apa aku buat. Aku tengok artikel berkaitan lacc. Ada je dah buat ujian..tapi aku biasalah nak rasa dan yakinkan diri sendiri.

RM68 sebotol. Kau ingat aku saja2 nak membazir? Tapi bila beli 3, sebotol dapatla RM55. Share ye..

Baik. Aku gunakan sisik ikan, potongan kuku aku dan kotak ubat kolesterol aku.

Ujian pertama: sisik ikan.

Sisik ikan talapia. Hari ni masak tu yang boleh simpan sisik tu. Hahaha.

Lepas dah warnakan sisik ikan kita tunggu cat kering dan titiskan air. Pewarna ni cepat gila kering. Ni lagi 1 aku sukalah..

Kalau korang boleh zoom nampak tak kesan pudar cat di bahagian tengah sisik ikan? Ujian ni gagal. Aku tak puas hati.

Ujian kedua: kuku aku yang dipotong. Alahai...kukunya kontot susah nak tengok result. Buang masa betul.

Lupakan aje ujian ni.

Ujian ketiga: guna kotak kertas ubat kolesterol aku. Mentang2la dah dapat bekalan baru..cehhh

1st attempt macam ni kedek nak guna sikit je atas kertas

Kejadah result aku dapat tak puas hati

Ni dah sama dengan keluasa ibu jari kaki ni...

Basahkan dan keringkan

Nak tunjuk kadar ketebalan kotak kertas ni

Tara!!! Inilah hasilnya. Basah ye setelah aku kopek helaian kotak kertas tu. Jadi aku yakinlah dengan ketelapan air pewarna kuku Laccbeauty ni. Memang dia berudara dan telap air.

Ini adalah ujian aku secara suka2. Bukan review berbayar ke atau iklan berbayar..tapi kalau pihak Lacc Malaysia nak bagi aku lagi sebotol dua pewarna kuku ni syok jugak. Hahaha.

Lagi satu korang kalau tak yakin itu korang punya hak. Aku dah buat ujian untuk kepuasan hati sendiri.

1st time pergi beli dengan adik ipar. Depa nak amik gambar..amikla..hehe.

Pastu aku dok post..depa repost..hehe

Malam balik tu aku pakai dengan adik ipar..dok suka2 dok gelak2..kering cepat best gila..pastu dia dah mula nak meracun kawan2 dia pergi beli.

Ni aku rasa baru2 ni dia pergi beli tah kali berapa ajak kawan2 semua dok terheret suka..aku agak dia ada banyak ni..hurmmm..aku pun macam gatal nak pergi beli nombor 1977(sebab aku lahir tahun tu laa) dan kaler hitam.

6 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.