Erkk dah lama tunggu sale langsir kat Sarah Hughes kat globe lama tu. Siap dah janji dengan laki macam mana plan pergi tu. Tup2 semalam kena migrain bawak ke hari ni..sabar jelah. Kalau pergi pilih langsir mesti jadi tah apa2 je nanti maklum kepala tengah ting tong.
Menjelang petang dah ok tapi dah tak syokla nak pergi..sudahnya ke Giant je cari pencuci botol susu Aqlan yang memang dah habis. Nasib ada sale beli yang refill murah 600ml RM10.90. Jimat RM2. Sampai esok je tau. Beli 2 pek terus..terus habis kat rak tu. Haha.
Sempat juga rembat sebatang celak Maharani. RM16 sebatang kat kiosk dalam tu. Aku suka je celak kajal Maybelline tu..memang tahan lama kat kelopak mata, tak meleleh. Tapi aku nak juga sokong barang tempatan. Tapi kalau result tak seindah Maybelline maka....aku cuba yang lain..aku tengok D'Herbs pun ada juga tadi. Takpe try satu2.
Kemudian lepas maghrib pergi ambil tart nenas sedap gila tu. Mak mertua siap order 2 botol. Nasib laki orderkan untuk aku juga. Kalau tak....
Dah lapar..sampai ke sate sahmuri kat restoran jejantas Sg. Buloh. Haaa makanla banyak2. Tapi air teh tarik yang di order di kedai sebelah tu rasa dia macam ubat lipas..eh aku tak pernah makan ubat lipas tapi ia mengingatkan aku pada unat gegat. Huahua...tapi telan jugak sampai habis supaya tak membazir.
Sabtu, 6 Ogos 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku tak reti pakai hak kajal kojol ni, mesti comot di mata daku :p
BalasPadamAku dah lama pakai...elok je. Mula2 memanglah..lama2 takde masalah pun.
BalasPadamxpnh pakai jns brand ni.. selalu silky girl je.heheh
BalasPadamBelum cuba lagi..nanti dah cuba kita up pics la. Hehe
Padam