Ahad, 14 Ogos 2016

Hujung Minggu Tak Payah Masak, Suami Suruh Rehat2

Walaupun takyah masak tapi kalau aku nak masak juga, terpulang... Ahad sarapan cucur ikan bilis + taugeh. Tah kenapa kali ni tak sefluffy cam yang dah lepas2. Aku buat cucur setiap kali pun jadi lain. Haha tak pernah nak sama. Perubahan kimia kata cikgu sains. Tak boleh alter dah.

Bila dah lepas asar baru nak cari makan. Laki kata weekend takyah masak. Makan kat Restoran Mohd. Chan kali ni di Kelana Jaya.

Aku sebenarnya nak makan daging masak kicap. Dari gambar nampak tempting sangat. Sekali daging dah habis. Sudahnya makan ayam masak kicap je. Haha. Aqlan makan nasi ayam dan laki makan koay teow Penang.

Berborak pasal ayam kicap sedap tapi ayamnya dapat banyak tulang. Nasi ayam dah macam aku buat hari tu. Tapi ayamnya tentulah aku punya lagi sedap kata laki. Kekeke. Koay teow aku memang selalu failed masak. Malas aku nak masak kalau failed. Kena tunggu berapa bulan baru nak masak balik. Haha.

Lepastu kami balik je. Tak kuasa nak jalan2 dah.

2 ulasan:

  1. untung la tak yah masak huhu.. encik suami ajak mkn luar tapi keinginan masak tu blh tahan tinggi hahahaa.. gud luck la :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gaduh pasal makan perkara biasa. Nak masak apalah..nak makan kat manalah boleh jadi berjam2 berbincang. Haha.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.