Isnin, 27 Februari 2017

Birthday Aqlan Dah Nak Dekat

Dalam kepala nak buat kek..nak buat baju..nak buat hiasan. Nak tema roket. Sebab sekarang suka sangat roket.

Tapi disebabkan kami mahu jimat cermat, tahun ni kami buat DIY je. Hehehe..jadi scroll la benda2 kat internet kan banyak DIY. Tinggal ko rajin ke tak..

Juga kali ni cadang makan sesama sendiri je. Begitu lah rancangannya. Sebab tahun lepas dah buat besar-besaran tahun ni kita buat kecil-kecilan jelah ye Aqlan. Sama macam first year. Beli kek sebiji je.

Apakah aku sedih? Tidak. Aku seorang yang rasional. Aku juga sangat berkira supaya kami tidak membazir. Bukan kedekut ya. Allah telah tegur kami dengan ujian ini. Jadi kami lebih berwaspada.

Tahun lepas birthday Aqlan petangnya hujan turun dengan lebat. Habis semua alas meja basah lenjun. Tetamu2 pun ada yang lambat sampai. Tapi alhamdulillah makanan cukup. Siap ada lebih dan ditapau bawa balik. Suka je orang datang ziarah kami..tapi hehehe memang penat. Dari abah dia...opah dia atok dia mummy dia..even ibu dia sendiri penat gila. Macam lepas kawin kan anak pulak. So tak mampu pulak badan nak buat all over lagi. Tu pun katering dan ada sweet table ditempah. Kalau buat sendiri pun tak larat. Sementelahan Aqlan masa tu perlukan banyak perhatian.

Tahun ni dia makin besar so oklah kot nak DIY. Ada jugalah dia patahkan ubat stapler tu.. koyak2 sikit...biasalah nak menolong aje...


Adakah aku mampu membuatnya? Hahahaha.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.