Eh. Sebab tak tulis suami ialah kerana aku tinggal dengan 2 lelaki sekarang ni. Seorang suami dan seorang anak.
Selepas dapat mesej dari mama yang dia sah beli lagi 2 meter kain untuk kain telekungnya, aku pun oklah proceed dengan jahitan lain pulak. Kata mama lagi kain lebih telekung tu buatlah baju Aqlan. Kalau kain camtu aku suka buat kurta je. Senang pun sarung terus. Ahahaha.
Takpelah aku pun potong kain lain untuk buat kemeja suami. Semangat ni..mula2 ambil satu kemeja dia yang paling selesa dipakai dan buat pattern. Masa buat pattern ni kena betul2 ukuran. Aku suka pakai term inchi.
Kemudian pattern tadi letak la atas kain dan mula melakar. Tambahla 1 atau 2 inci ikut besar mana nak kelepet. Kemeja lelaki ni aku tengok jarang dijahit tepi. Meaning baju dikelim dari kain yang sama...macam mana nak cakap ek..pada pandangan aku basi kelim kena lebar la sebab nanti lebihan basi nak kelepet lagi untuk matikan benang2 kain dari terurai. Tapi kalau pakai kain cotton senang jelah...pulak2 gunting guna gunting zig zag. Haha.
Dah 2 hari menjahit baru jadi camni..sebabnya surirumah kan bukan boleh hadap jahitan je..kang kerja rumah lain terbengkalai pulak. Menjahit ni hobi je. Tapi kalau dah mahir mungkin boleh diguna sebagai pendapatan sampingan. Nak pergi kursus menjahit tu kena tengok weekend takde hal. Tiap2 minggu ada hal je. Apa ke hal?
Jangan minta aku jahit kemeja pulak ya..aku jahit ni salah satu sebab laki susah nak cari pakaian yang cantik sesuai dengan saiz badan dia. Apa ko ingat pompuan je nak cantik2? Yang dibeli siap selalu kainnya tak best.
Ok kali ni aku guna kain RM22 semeter tapi diskaun tinggal RM10 je semeter bidang 45". Beli 3 meter baru RM30..Wuhoo..laki kena terima corak yang aku pilih untuk dia...hahaha nasib. Masa beli memang rambang mata tengok...nasiblah aku bersabar dan berhemah dalam berbelanja.
Ada lebihan kain, boleh buat satu kemeja untuk Aqlan lak. Aku takde. Tak aci betul. Next time beli kain banyak sikit biar semua pakai sama. Senang. Hahahaha.
Rasanya buat kemeja lagi senang dari buat leher baju kurung. Grrr.
Khamis, 23 Februari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
pandai kou menjahit, boleh la amik tempahan utk raya ni
BalasPadamKo pun nak pakai baju boria ke wak
PadamANIS... untung nya suami nak pakai flowery kemeja. suami kita, jenuh pujuk dok kata emsem mcm tok ram lah..awal ashaari laa.. mana mauu nya dia.. huaaa...dia kata dia belum kental lagi nak pakai baju munger2..hahaha
BalasPadamNi bukan munger2 ni corak abstrak tapi laki dah kata dia ok je kalau corak hawaiian style
Padameh stylo jg apa kalau laki pakai flowery kan?? tgk tok ram! tp bunga2 kecik la..jgn di sarungnya bunya teratai sedompot2.. agak menyeramkan jg. hahahha
BalasPadamHahaha buatnya minta kemeja corak pucci kang..
Padamhhahahaa eh buat baju melayu raya corak pucci pakai sedondong beli kain sekayu pun rare jg tu.. hahahha. dah mcm pokok bergerak anak beranak raya pakai pucci... haha
PadamOh kami tidak...tahun ni kami biasa2 aje.
PadamBtl tu anis.. Mmg blh buat duit sgt mkahit ni.. Kurang2 jhit bju y basic cam bju kurung pom dh ok sgt.. Upah skarang kemain mahal kan..
BalasPadamBetul. Tapi kalau kain mahal tu hantar kedai jugak..tak sanggup nak jahit sendiri.
Padam