Selasa, 14 Februari 2017

Jack Jack Dalam Kenangan

Well ini kisah seekor kucing yang menjadi kesukaan laki.


Masa tu aku tengah tengok TV. Adik ipar turun nak bagi makan kat Jack Jack. Selalu dia bagi makan aku dengar dia cedok makanan kucing dan ada cakap2 sikit pastu blah. Tapi kali ni lama. Mungkin ada bagi ubat. Tapi lama tu semacam. Dan kemudian macam dibiarkan lampu dapur terbuka. Aku pun pelik tapi cakap dalam hati lupa tutup kot.

Kemudian laki aku pulak turun dan pergi ke belakang buka pintu. Aku pun pelik eh bagi makan lagi ke..nak tegur tapi takpelah..

Pastu dia datang tengok aku dan depakan tangan dua2 belah sambil pergelangan tangan dipusingkan buat isyarat takde. Aku tanya apasal? Dia tanya lak balik apasal apa? Aku tunjuk isyarat yang sama sambil tanya "apaaaa?"

Dah sedih pulak. Keluar airmata cakap Jack Jack dah mati.

Kucing ni duduk di bahagian area belakang sahaja sejak jatuh sakit 3 Oktober 2016. Masa tu dia start berak2 kat dapur dan aku marah betul. Bukan takde pasir diletakkan khas untuk dia membuang.

Kemudian satu hari dia diasingkan duduk kat porch. Selalu akan ditukar ganti duduk dalam rumah dengan anak dia Oggy. Aku tengok one day tu dia dah bleeding dan bau busuk. Lalat pun hurung. Kenapa ek?

Aku memang tak jaga kucing2 ni. Aku cuma hadap diorang datang cakap hey. Aku tak suka bela kucing. Kucing2 ni dah memang ada dalam rumah Kinrara bila aku berkahwin. Ikutkan ada 3 iaitu seekor tu bini Jack Jack tapi dah mati masa aku masih tinggal di Ampang. Siap beranak pinak tapi ada yang mati dan ada yang diberi pada orang lain. Jadi bila dah takde bini Jack Jack selalu dipinjam untuk mate dengan kucing betina lain.


Rupanya dia dah jatuh sakit. Ada jangkitan kuman kesan dari bergaduh sampai luka2. So masuk klinik dan sejak tu dia duduk belakangla. Aku pernah tengok dia sekali sebab masa tu aku nak ambil stok barang toiletries kat belakang. Situ memang ada rak Ikea dan segala mak nenek stok barang cucian aku letak.  Dia tengah landing atas rak Ikea tu dan tiba2 datang dengan kon kat leher. Eh eh aku pun cepat2 tutup pintu.

Kemudian aku citer kat laki. Dia tak sanggup tengok kucing tu. Dia risau sedih.

So hari2 berlalu dan memang hari2 aku dengar dia dok mengiau bila aku kat dapur. Sampailah start satu hari tu dia macam bunyi berdengkur yang sangat kuat. Aku ingat hari tu je. Sekali hari2. Hingga kadang2 aku rasa kuat sangat bunyi macam ada manusia berdengkur yang tumpang tidur belakang rumah.

Kemudian adik ipar bawak jumpa doktor lain yang lebih prihatin. Dan ubat2 yang diberikan lebih baik. Bunyi macam recover. Dah kurang dengkur dan lama2 hilang. Malah bunyi ngiau dia dah lebih manja dan macam dah sihat. Aku pun ingat dia akan ditukarganti duduk dalam rumah semula macam dulu2.

Tengahari masa masak aku dengar dia berdengkur kuat balik. Dan hari pun  berlalu hinggalah diberitahu dia dah mati selepas check terakhir jam 11 malam.

Kenangan aku dengan Jack Jack paling diingati ialah dia suka sangat naik atas perut aku masa aku kandungkan Aqlan. Sibuk nak tidur sekali atas sofa. Asal aku landing je dia mesti datang nak manja2. Nak tidurlah..nak suruh pet pastu keluarkan kuku2 dia eh...sambil buat bunyi2 manja. Dia dok cengkam kulit aku dengan kuku dia kadang aku pun geram. Lepas Aqlan lahir dia selalu lari2 la dari aku sebab rasa Aqlan tu dah take over. Haha. Tapi bila Aqlan takde je atas riba aku..mulalah dia datang nak tidur..nak duk atas perut. Ada sekali Aqlan tidur atas sofa dengan aku, Jack Jack datang dan naik atas aku. Aku panggil ni kucing emo. Sebab kadang2 datang emo dia cakar jugak aku. Jadi risaulah dia cakar Aqlan takut kena penyakit bawaan kucing sebab Aqlan baby lagi. Bila Aqlan makin besar dan suka kejar2 Jack Jack, lagilah kucing tu emo dibuatnya.




Sebenarnya kami memang fikir dia akan mati sejak jatuh sakit tu. Panjang jugak nyawa dia. 4 bulan dia bertahan. 15 tahun dia hidup. Kata laki kucing tu sepupu dia yang bagi. Kucing paling hudoh. Tapi bila dah besar handsome pulak.

Esok pagi laki nak tanam kat padang area rumah je. Lepas ni dah takdelah 2 ekor kucing yang asal bertemu gaduh tahap gila. Makin ngadalah si Oggy tu. Tu lagi penakut dengan kedatangan Aqlan.

Artikel dibawah berasal dari Honey Vets Berkenaan Penyakit Dihidapi Jack Jack. Sebagai panduan kepada pemilik2 kucing lain.


17 perkara tentang Sporo yang patut anda tahu;

1) Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi 
negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini, 
jumlahnya adalah lebih banyak.

2) Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka 
mempunyai luka di kulit.

3) Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan mereka juga, terutama hidung dan peparu.

4) Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan 
hanya diberikan antibiotik.

5) Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh badan melalui saluran limfa.

6) Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporoboleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.

7) Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen 
untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang tempoh rawatan. 

8) Sporo boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati akibat jangkitan ini.

9) Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan hanya pemberian antifungus sahaja.

10) Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan rawatan intensif.

11) Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.

12) Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan ekor kucing yang berada di sekelilingnya.

13) Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti, dengan hanya satu cakaran sahaja.

14) Surgeri pemulihan Sporo adalah rawatan alternatif 
kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus mempercepatkan kadar penyembuhan.

15) Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika kucing turut diberikan suplemen Omega 3 dan Omega 6.

16) Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum 
lagi termasuk kos diagnosa.

17) Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain sepanjang rawatan dijalankan.

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.