Saturday, February 18, 2017

Restoran Tasik Idaman...Terapung..Goyang2..Hehe

Dah lama tak pergi makan kat kedai. Laki pun kesian tengok aku memasak hari2. Ehehehe ada orang nak belanja makan...kita gantung semua peralatan memasak. Tapi tengahari tadi harusla juga masak sikit buat alas perut...

Laki aku masakkan bubur gandum dan aku masak chicken chop untuk Aqlan. Budak tu bukan makan bubur gandum. Apalah...hehe..bubur gandum abah dia buat bukan main sedap. Boleh buat jualan. Kekeke.

Kami sampai restoran ni jam 6.30 petang. Orang tak ramai pun lagi. Adalah 2-3 keluarga je. So senang terus pilih ikan dan segala haiwan yang berkenan.

Aku memang tak ambil gambar pemandangan restoran ni. Sebab sibuk kejar Aqlan yang asyik sebut water water...kami nak makan kat atas jalan tar je tapi dia nak jugak naik atas bahagian terapung. Goyang2la...hehe.










Total burst RM96. Yang paling mahal ialah ikan siakap tu. Yang paling sedap sotong goreng tepung. Nasi putih 3 pinggan order. Tamak kan sebab ingat dapat ciput. Sekali banyakkkk so satu tu bungkus bawak balik je esok boleh buat nasi goreng.

Air teh aku memang kaw kaw terbaik punya...laki aku macam biasa minum teh o ais je.

Sambil makan layan pemandangan dan mata kena perati anak 24jam. Sebab ada hati nak masuk dalam kawasan yang boleh celup2 tangan kat air tu. Haish....bahaya..angin sepoi2 bahasa memang terbaik.






Atas ni gambar2 sebelum makanan sampai...lepas dah sampai  makanan memang ngap2 jelah..habis makan pergi singgah solat Maghrib dan Isyak kat rumah kak pa..dapatlah bawa balik kurma dan minum air zam zam fresh. Untungkan abang ipar kerja kat Mekah. Takyah nak valet doa sangat. Kalau nak minta kirim doa kat abang ipar tu..free2 je dia offer. Dah satu minggu berapa kali dia buat umrah. Tabahnya kakak aku kan dia disini, suaminya di Mekah sejak tahun 2012 kalau tak silap akulah..ke lebih lama..haaaa..

Sampai rumah aku siapkan satu blouse. Ahahah sempat ko tadi amik baju di RackZone dan ke Karysma tadi beli barang2 jahitan.. kata hobi.



Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

  1. Blh thn rege dia anis..

    Seronok jgk mkn terapung camni.. Cuma klo y jns mabuk bgoyang-goyang pening skit la.. Kt kmn ni pom ada restoran terapung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah goyang sangat. Budak2 mesti suka punyalah...tapi itulah kena tengok aje...

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.