Rabu, 15 Februari 2017

Makanan Mesti Cuba Di Penang

Sudah berapa kali ke Penang. Dah macam balik kampung pun ada. Kalau ke sana lama2 kalau tidur rumah kakakla..kalau tidur hotel semalam dua sudah. Mostly ke sana atas urusan pekerjaan laki. Jadi untuk elak makanan hotel yang samaaaaaa je tu atau untuk tidak menyusahkan kakak masak, hahaha aku suka spaghetti aglio olio dia, maka kami pun JJCM la...

LAKSA JANGGUS KAK TIMAH BALIK PULAU


Sejak terkena tu, aku dan laki suka pergi ke sana bila ke Penang. Memang jauhla kalau duduk rumah kakak tapi pedulikan aje. Haha. Laksa ni sedap. Boleh pilih nak sikit ke banyak. Makan sampau licin kuah ya. Yang bagus kat sini surau pun ada. Jadi kau order, kalau dah masuk waktu, pergi solat lepas tu balik solat makanan dah siap. Itu pengalaman laki. Sebab masa tu aku "cuti". Katanya tandas semua bersih. Bagus! Kedai tutup hari Rabu. Start buka jam 3.30 petang.

NASI LEMAK LIVERPOOL

Bagi penggemar nasi lemak macam aku, boleh try sini. Kedai ni memang bawah flat. Kaler merah pasukan bola ni. Masa aku datang lauk banyak dah habis sebab sebelum tu teman suami dan abang ipar makan kat nasi kandaq.



NASI KANDAR DEEN

Nasi kandar menjadi kegemaran laki. Bila datang Penang dia geng pulak dengan abang ipar yang hari2 makan kat situ pun takpe lepas balik kerja malam. Kenapa malam? Haaaa...laki cakap kenapa rasa waktu siang lain sebab bila dia ada kerja kat sana dia pergi lunch. Abang ipar kata malam orang orang lain masak. Air tangan berbeza okay..so datang sini kena tabah ya.. beratur panjang kot..lepas tu nak dapat meja makan bersih pun kena bertabah sebab orang non stop. Staff depa ni tak cukup.



4 ulasan:

  1. dappnya laksa anisss...smlm tgk si jibam (oh my english) makan laksa sarang kat kuala kangsar..pagi ni blog hang plak dok tayang laksa.. mana nak cari laksa sedap kat KL ni?? klu beli laksa kat cafe HKL ni dah mcm kuah laksa + makjun!!! giler larrri rasa dia... kadang mcm nak ajar je diorang masak laksa sedap2..susah sangat ke nak masak elok2 bagi org makan sedap kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..pergilah laksa sedap memang ada kat balik pulau dan ipoh! Kat KL ni memang kita tak makan laksa. Tp kalau nak laksa Johor sedap sila ke area makan 7E Jalan Kerja Air Lama. P kedau yang alas meja kaler merah tu..harga memang RM10 ke RM12 semangkuk tapi ya ampun sedap!!!

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.