Sunday, February 12, 2017

Pelawaan Untuk Ke Bali

Weh aku tak pernah pergi luar negara kecuali Singapore (sebab tu tanah tumpah darah mak dan 8 orang adik beradikku). Aku terkejut sebenarnya sebab pelawaan ni datang dari isteri kawan suami. Katanya tiket tengah murah ni pergi balik dalam RM317 je.. buntang jap mata..

Memanglah atas tanggungan sendiri semuanya tapi memang selama ni tiada siapa ajak aku ke luar negara walau pada zaman bekerja. Haha aku bukan tahu tempat2 dan bila orang ajak kan seronok ikut jelah apa plan diorang tu. Takyah sakit kepala fikir.

Tapi memandangkan ekonomi tengah gawat ni dan kami sekeluarga pun ada Plan yang dah lama tangguh sejak tahun lepas, maka baik berjimat cermat takyah nak berjimba sangat.. tempat kami nak pi tu dah beli tiket dan tempah bilik. Tinggal nak booking kenderaan je.

Laki cakap kalau ok semua I bagi you pergi. Yeay.

Boleh ke pun pergi bercuti dan tinggalkan anak dibawah jagaan laki? Hurmmmmm πŸ‘€


Diam2: staff ofis laki ramai kena terminate akibat kegawatan ekonomi. Laki pun minta doakan dia tak kena buang.
Previous Post
Next Post

About Author

8 comments:

  1. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan memberikan rezeki yang berterusan.

    Aamiin...

    ReplyDelete
  2. sungguh zaman sekarang..selitkan dalam doa sujud terakhir dan doa lepas solat... Ya allah tetapkan lah pekerjaan kami, dengan rezki yang halal.. ameen. mmg mengerikan kan ?? smoga Allah lancarkan smua urusan kamu.. ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sentiasa berdoa walau diluar solat.

      Delete
  3. zaman sekarang ni kan anis..takut...biarlah kita semua dilindunginya & ditetapkan rezeki & dilindungi di tempat kerja...

    bestnya nak p bali...teringin gak....

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.