Kami kini kerap balik Ipoh. Selama ni balik Ipoh memang laki tak mahu makan kat luar. Buat apa katanya..biarlah nak rasa masakan mama. Aku ikut je. Mak mertua aku tu memang selalu je layan permintaan anak dia. Nak makan apa cakap je, nanti dia masakkan. Tapi mak mertua aku tu bukan larat juga nak masak hari2 masakan hebat. Maksud aku macam rendang paru-paru, kuih lopes, sambal tumis ikan bilis dengan petai atau kuah dalca paru-paru. Setiap kali pun nanti laki suruh aku belajar masakan style mak dia. Ha la kita ni semua akan cakap masakan mak kita paling sedap. Itukan bonding ibu dan anak sejak dalam alam rahim lagi.
Jadi bila ada hari tertentu mak mertua tak larat masak atau pergi kelas mengaji ke jadi kami akan cari kedai2 makan best sekitar Ipoh. Turn out tak jauh pun dari rumah mertua di area Bercham nun.
PISANG GORENG SIMPANG MASJID MUHAMMADIAH ATAU MASJID CINA
Haha..kenapa pisang goreng masuk senarai pertama? Sebab laki aku macam kemaruk makan. Macam hari2 nak beli. Parking ditepi pasar dan beli. Takpun drive thru. Gitewwwww. Pisang goreng ni sedap sebab bancuhan tepung yang konsisten dan dia gunakan pisang abu. Memang sedap makan panas2. Dah makan tadi kejap pun bila beli pisang makan lagi. Mana tak gems gems kan. So nak pergi tu waze jelah masjid cina kat Ipoh tu.
MEE REBUS RAMLI
Ni aku pun tak tahu pada mulanya pasal mee rebus ni. Laki aku lah rajin sangat google tempat makanan best. Jadi kami ke situ dan cuba semangkuk. Wallaweh...gua cakap lu mee rebus dia habis semangkuk dengan kuah2 aku hirup licin. Aku ni bab mee rebus aku makan mak aku punya masakan je. Pernah la makan hat lain tapi tak kena tekak. Selalu makan memang tak hirup kuah. Kadang sebab mee..aku kalau mee rasa pahit2 kapur tu memang benci betul. Tapi yang ni...wa cakap lu pergi try. Pasti tak menyesal. Oh kedai ni masuk simpang Masjid Cina senanglah nak akses.
LAKSA TELUR GORENG BERSARANG DI KAFE SETINGGAN
Masa pergi ni orang tak ramai. Ada kawasan khas untuk bungkus sahaja. Yang nak makan kat kedai duduk dalam kedai yang diubahsuai dari papan2 rumah lama. So rasa kekampungan sangat. Kami terus order laksa ni dan memang tidak mengecewakan. Lepas makan baru tahu bahawa laksa boleh dipesan berbeza2. Nak tambah mee laksa, jenis telur apa ke..boleh di alter. Jadi selepas makan sampai hirup kuah sehingga licin, fikir lain kali datang lagi...takla rasa jauh sangat nak makan sampai kat Balik Pulau. Laki dah tanya nak bungkus bawak balik tak..aku kata takpe lain kali je..Haha menahan diri kau sebab malam nak makan benda lain pulak.
NASI AYAM HAINAN @ IPOH CHICKEN RICE
Kami memang suka makan nasi ayam Hainan. Aku siap belajar buat lagi. Bila dah masak tu memangla seronok dipuji laki tapi kalau dah pergi kedai laki nak belanja, makan jelah. Bab lauk2 memang banyak pilihan. Kami biasa suka makan ayam stim je. Kalau lauk tambahan aku suka ambil udang camour soting buttercream. Ya ampun memang memenuhi selera tapi sampai ke sudah aku tak belajar masak.
MAT PERIUK KG. TERSUSUN TASEK
Ni kelakar. Mula2 aku dengar nama dia kelakar. Tapi lagi kelakar aku tak pernah makan dalam kedai ni. Kerja menapau je. Macam mana tak tapau, asal balik rumah mertua mesti nampak kedai ni. Suka simpan untuk kes2 kecemasan. Hahaha maksud aku bila mak mertua tak masak dan masa tu jugalah lapar senang sikit nak pergi. Makanan dia yang sedap ialah chicken chop dan spaghetti aglio olio. Eh aku cakap 2 je sebab 2 ni je selalu order.
BAHULU FOODCOURT TAMAN PERPADUAN
Ada satu kedai bahulu sedap. Kami selalu beli sebekas besar. RM12 satu. Makan tak sedar diri tak sampai sehari boleh habis. Kata laki ni macam makcik dia buat. Lembut dan sedap. Aqlan pun suka.
KOAY TEOW SUP DAGING SIMPANG
Kedai tak komersial. Tepi kawasan perumahan je. Tapi kuah dia boleh dihabiskan ya. Sebab sedapnya...tapi kalau nak tukar mee ke bihun ke pun boleh. Dah aku makan koay teow.
KOAY TEOW GORENG JALAN KE TANJUNG RAMBUTAN
Yang ni pun aku makan bungkus je tapi sedap wei...siap laki cakap koay teow macam nilah yang i suka..dia tu kan koay teow kan no. 1 list makanan favourite dia. So yes aku pun suka sangat.
IKAN PEKASAM
Hahahaha..kalau korang nak tahu aku tak suka langsung ikan pekasam. Pertama kali aku makan dulu aku rasa nak muntah lepas makan. Jadi sampai ke sudah aku tak suka. Sekali mak mertua beli dan masak untuk makan tengahari, aku pun try la makan...ermmm sedap... walaupun hanya digoreng, sudahnya laki beli beberapa paket untuk dibawa balik. Aku pun masak jelah makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap. Perghh mengancam. Ah tambah la sambal bilis kering. Feeling kekampungan sangat.
Oklah akan di update lagi bila balik Ipoh. Sebab kedai2 makan yang aku dah try dan biasa2 je malas la aku nak citer..
Rabu, 8 Februari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.