Pasal kejadian nota dari Pejabat Pos tu aku dah dapat tahu siapa pengirimnya. Dan memang sudah confirm barang sudah dipulangkan balik..sob sob..
Iyalah aku dapat nota bertarikh 27 Jan. Hanya sedar esoknya 28 Jan nak ke Ipoh. Kemudian bawa masuk dalam kereta. Ingat lepas balik Ipoh nak ambil. 3 Feb nak pergi ambil tapi nota hilang. Ikutkan memang dah dipulangkan tarikh tu pada pengirim sebab dah seminggu.
Beberapa hari kemudian iaitu 8 Feb jumpa nota yang hilang tu. Call nombor pejabat pos yang tertera dah tiada dalam talian. Cari google jumpa nombor sekarang asyik busy. Periksa dalam poslaju track dah takde... so mulalah try test tanya pada sebuah syarikat ni yang pernah aku masuk pertandingan tulis entry blog. Dari situ dapatla tahu memang mereka yang kirim dan barang sudah dipulangkan balik. Dan tak pastilah akan dapat semula rezeki hadiah penyertaan tu atau tidak.
Begitulah kisah kalau Allah nak bagi kemudian mungkin aku ada dosa tertentu maka kenalah tarik balik. Walaupun aku tak rugi apa2 tapi dapat hadiah siapa tak gembira kan..perlahan2 terima hakikat qadak dan qadar. Sebab itu rukun iman ke 6, jadi memang ramai ya manusia ni suka mempersoalkan tentang apa yang berlaku tapi lupa nak fikir apa kau dah buat sebenarnya. Layakkah seorang hamba tanya KENAPA AKU?
Sabtu, 11 Februari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
orang2 legen cakap, dah takde rezeki :D
BalasPadamIya...berlapang dada sajalah..
PadamYUP other side... mgkin 'barang' tu tak suite tuk anis..kot kan??
BalasPadamCould be.
Padam