Tuesday, February 21, 2017

Jahit Telekung Untuk Mak Mertua

Balik Ipoh last time, mama minta aku jahitkan sehelai telekung untuk dipakai untuk solat terawih nanti. Warna pilihan mama ialah baby blue. Warna ni memang sweet tapi sangat susah dicari.

OTW Balik rumah kami singgah Kamdar IOI Puchong untuk lihat kain. Takde. Kemudian bila weekend kami ke Kamdar BBB, Gulatis, Gio dan Meena. Semua takde. Akhirnya minta mama beli jelah kat Kwong Fatt tu..harga semeter RM25. Mama beli 4 meter. Kirim balik pada adik ipar yang balik ke kampung minggu depannya.

Aku pun mulalah cari renda yang lebar tapi takde warna yang sesuai. Jadi aku putuskan beli satu beg tu dalam 15 yard atau 13 meter lebih..kata staff kat Karysma la. So aku cadang nak jahit double renda tu sebagai hiasan di telekung.

Bila dah buka kain rupanya lebar 45" jadi tak cukup untuk kain. Kalau 45" kena beli 5 meter baru cukup sepasang. Aku pun cakapla dengan mama takyah la pakai kain..hehe sebab mama pun selalu ke masjid pakai seluar panjang dan stokin. Lagipun nak beli lagi 2 meter dah RM50. Kain tak murah...kain lembut alahai sejuk2 je.

Dah settle potong dan jahit telekung tinggal nak attach dagu je... Nak perfection kalau boleh. Mertua cerewet sama lah hal dengan aku. Kekeke.


Muka bulat. Hahahaha.
Previous Post
Next Post

About Author

6 comments:

  1. SALAM. anis... kain tu material apa ye? mcm satin ? satin ye? so sepasang mcmni agak2 berapa RM?? lawa la babyblue dia..kalau dpt tiffany green pun leleh jg. kot ada rejki nama naik buat haji ke tahun depan mana tau ye dok?? ameen.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soft cotton. Lebih lembut dari Japanese cotton. Kainnya sejuk sedap..nantilah i up fabric dari dekat. Senang kat IG la kot boleh buat video terus. Hihi.

      Kalau u nak beli kain dan i jahitkan telekung ke telekung jubah ke ok je...hehe..kalau bidang 60" boleh beli 4 meter je.

      Delete
  2. bagus nye pandai jahit telekung.. boleh buat jual tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak minat tak jadi jugak..berapa banyak kali buat juga. Try and error sampai puas hati. Buat untuk orang seolah2 untuk diri sendiri..maka sampailah perasaan tu..hihi.

      Delete
  3. Cantik tu.. Dh blh buat bisnes telekung jgk anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yang sudi nak rasa..hasil jahitan kitalah..

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.