Minggu ni banyak kali makan ayam. Sebabnya harga ayam lagi murah dari harga ikan. Bila dengar ikan termenung pun naik naik RM25 sekilogram kat Kedah nun..alamat makan telor ayam jelah macam ni. Eh hehe..teringat pulak kecil2 dulu makan telur ayam goreng sebiji dengan kicap dan nasi putih je jalan. Selalu mak memang masak ikan termenung tak pun ikan selar.
Hari ni masak kari ayam. Pakai susu kotak je. Santan pun sekilogram RM12. Uhuhuhu.. kalau yang cair sikit tu 250ml dalam RM3. Pakai susu kotak yang beli banyak2 masak 7E buat promosi..sekotak RM1. Jimat banyak gila kot...nak dekat 40 kotak dibelinya.
Semalam bihun je. Hari2 makan nasi tak boleh juga..
Kelmarin pulak nasi ayam. Ha ni nasi ayam anak suka sangat makan. Kalau nak tengok dia makan banyak kena masak nasi ayam selalu. Akibat lupa asingkan kulit ayam, nasi ayam masak style Melayu. Kalau tak masak nasi ayam Hainan la..kegemaran laki.
And day before pulak nasi Mediterranean. Ku potong2 kecil je ayam masuk dalam nasi tanak sekali. Senang...
Rasa muka cam ayam lak minggu ni...๐๐๐ฃ
Bersyukurlah sebab masih mampu makan nasi dan lauk ayam. Ada orang makan nasi dengan garam je. Tapi elok sebenarnya makan tu tabur sikit garam tepi pinggan buat cicah. Jadi masa masak tu jangan buh garam banyak2. Adjust ikut keperluan sendiri. Garam pun bukan elok masak lama2..sebab tu kena masukkan garam last sekali sebelum tutup api. Baru berfaedah garam tu.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.