Jumaat, 17 Februari 2017

Sebelum Tidur Jangan Lupa Cium Pasangan Anda

Pasangan halal ya. Suami isteri.

Dengan ciuman mungkin memberikan pasangan anda tidur yang lebih menggembirakan. Kalau ada yang berlaku perkara selepas tu yang lebih menggembirakan lagi baik. Kekekeke....

Hari2 peluklah sekejap untuk menambahkan keintiman dan kemesraan. Takyah cakap I Love You hari2. Pasangan yang cakap hari2 tu memang bukan pasti kami. Haha. Kami brutal. Tapi dalam hati kadang2 ada bunga2 juga. Kah kah.

Berbual sambil2  nak tidur tu bagus juga..boleh wrap apa cerita hari ni..Especially bagi pasangan yang bekerja. Yang macam aku cerita pasal anak je...apa buat.. apa perkembangan. Dah pandai apa..kalau laki aku masih lagilah kisah staff2 ofis yang dibuang..yang cari kerja lain.. selain tu isu2 semasa pun boleh jadi topik. Cakap sampai tertidur. Hahaha..kalau sorang dah tertidur yang belum tertidur akan mula on hp dan main game or tengok movie. Aku scroll 9gag lah. Takpun turun pergi menjahit. Masa tu je aman sikit dari gangguan Aqlan.

Yang terbaik bermaafan sebelum tidur..mungkin ada dosa hati. Kadang tak ucap tapi dalam hati geramnya aku kan..mungkin ada sangka buruk. Semoga Allah memanjangkan jodoh kita masing2 dengan pasangan kita. Moga hidup lebih diberkati dan lebih bermanfaat. Amin. Good nite ya..hehe..


Sempat buat kueh onde-onde malam2 tu. Haha. Teringin punya pasal.

8 ulasan:

  1. Saya tak ada siapa nak dicium sebelum tidur. Cium dindinglah jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dinding kayu ke batu..ada cat tu tak elok..chemical. hehe.

      Padam
    2. Dah jemu cium, sekarang vium pintu pulsk.

      Padam
    3. Hahaa adoiii baik cium bantal lembut jugak kan.

      Padam
  2. kekadang terlupa..lepas isyak terus tidur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama. Hahaha..sebenarnya entry ni untuk ingatkan diri sendiri juga sebab saya adalah orang terakhir yang tidur.

      Padam
  3. kena praktik nnti bila ada pasangan halal. ekekek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekekeke..cepat2 lahh kawin sebenarnya sangat indah jika niat betul kerana Allah kerana agama.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.