Khamis, 9 Februari 2017

Malas Malas Aku Membaca

Sejak balik hari Ipoh lepas, aku masih rajinkan diri baca buku. Buku2 yang beli setahun dua lepas...dan ya ada buku dah lebih dari umur Aqlan pun belum habis baca. Bosannya nak habiskan kes kena culik kat dalam komuter dan banyak perkataan sains nak kena perah otak fikir apakah itu.

Yang dah berbulan tak habis baca pasal masuk pertandingan sepak terajang demi mencari bapak yang hilang..pun bosan jugak.. sebab rasa takde nyawa...eh jiwa.

Jadi buku2 yang dah habis khatam baca sehari dua je ialah:

NOTA: 2 oleh Shah Johar. Ni sequel NOTA. gila kentangla pasal perempuan dianggap mental membunuh beberapa orang dan diceritakan oleh penulis dalam bentuk novel dan dapat sambutan menggalakkan hingga nyawa penulis tu sendiri terancam. Fullamak..

PATUNG oleh Muhammad Fatrim. Bila baca ada sikit2 kena dengan buku meletup beliau iaitu ASRAMA yang jadi nombor 1 pilihan pembaca semenjak diterbitkan. Aiyoh Ayim berapa banyak dah dapat kutip royalti.. patung pasal makhluk belaan satu keturunan ni. Eiiii kalau dah baca tu memang ko debar2 apa next..apa next...

ENAK oleh Nurilkaka seorang penulis dari Indonesia. Buku ni bagi aku gelak. Mengingatkan aku pada penulisan Shaz Johar cerita KOUGAR. Bersahaja dan ya memang jujur sangat. Pasal Ratu yang rasa gemuk tinggi 166cm dan berat 66-67 kg...what macam mempersenda aku ni? Aku pun tinggi 160cm dan berat 72kg. Aku kira gemuk ke? Agak celaka betul. Hahaha..memang la siapa tanak bercinta dan kahwin dengan lelaki persis artis Korea macam Lee Min Ho ke atau Rain. Cilakak laki tu asyik jadikan Ratu mesin ATM. Sikit2 nak duit. Sudahnya Ratu hampir bercerai dengan laki dia yang dia tak tahu asal usulnya sebab gila sangat kat Han tu walaupun Han tu dah berbini juga - kes terpaksa kahwin dan masuk Islam sebab dah terlanjur. End of story terbeliak mata dia bila tahu rupanya cincin kawin yang digadaikan demi untuk bantu Han yang dikejar pemiutang sebenarnya bernilai 9 juta rupiah..gadai 2.5 juta je kan ke rugi...lain kali cek sapa bakal laki jangan pakai taram kawin sebab geram dengan ex Bf yang dah kawin dulu. Hahahaha.


COMOLOT oleh Hilmi. Arghh citer pasal puakalah segala mak nenek dah macam anime Melayu pulak aku rasa. Ni penulis ni mesti banyak tonton 7 Deadly Sins. Satu karekter banyak pulak nama dipakai hingga aku keliru. Dan banyak sangat flashback. So ko tak faham ko baca balik muka surat sebelumnya. Nasib aku malas.. Next...


GARAM oleh Ruwi. Cerita ala2 CSI. Menarik, aku suka. Tapi sebab macam CSI kau tahu jelah kes2 pembunuhan yang lebih kurang sama, portfolio mangsa hampir sama. Dan bila dikacau tugas si pengumpul arca dari garam ni mulalah dia dah tukar subjek. Alahai...tak seram.

Imej dari Twitter Buku Fixi. Buku aku dah simpan kat rak, malas nak pergi ambil dan take a photo. Haha.

PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI oleh Hamka Kereta Mayat. Siapa ikut blog dia tahulah dia ni kelakar. Menyampaikan dakwahnya melalui penulisan yang bersahaja. Dan kena tembak2 je dengan point2 dia sangat bagus. Hamka menasihatkan kita banyak agar kita tidak rugi hidup di dunia. Kepada yang bujang cepat2 kahwin jangan biar air naik sampai ke kepala dan meleleh di telinga. Tiba2 aku teringat pulak diri aku sendiri dah 35 tahun baru nak lempiaskan semua. Ceh Hamka, hang memang pandai mengayat bini hang yang digambarkan sebagai awek gedik ala2 old Mcdonald has a farm EIEIO. hahahaha memang aku asyik ketawa je baca buku ni. Banyak sangat panduan untuk orang dah berkahwin atau belum. Mari bunuh syaitan. Eh! Kalau period jangan kau nak buat pulak. Berdosa.




2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.