Isnin, 13 Februari 2017

Bila Datang Mood Mengemas Mainan Anak

Aku memang kadang2 tengok mainan Aqlan bersepah geram je. Tapi lama2 sakit mata nak kena kemaskan juga. Dia ni kalau kita kemas dan ajak dia tolong dia akan join la. Mesti nak buat sama2. Kalau suruh dia sorang2 buat bolehla sekali sekala.

Dia ni memang suka bawa mainan dia merata2. Kejap kat atas kejap ke bilik jahit..kejap bawak masuk kereta. La ni aku rasa baik pindahkan semua mainan dia ke bawah. Lantak. Aku bukan selalu menerima tetamu. Senang pun aku nampak dia main depan tu sambil aku ke hulur ke hilir buat kerja2 rumah.

Banyak mainan kereta dah hilang tayar. Sebab dia ni bajet2 mekanik. Hahaha suka sangat dia cabut tayar dan pasang balik.

Masa mengemas ni aku pulak yang rasa macam main2 sebab dia sedang tidur. Hihi.

Apa lagi aku buat?

Mudah kan buat macam ni.



Belum sorting


Aku susun elok2 dengan penuh perasaan gembira.

4 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.