Jumaat, 7 Julai 2017

Bila Dah Beruban

Lama dah tumbuh uban. 9 tahun dah kot. Aku ingat first uban dicabut masa sambut raya haji di Butterworth. Rumah kak pa. Yuhana yang tolong cabutkan. Hahaha.

Sejak itu bila nampak uban aku cabut. Tapi lama2 aku dah fedap nak cabut. Sebab makin banyak. Ada orang kata kalau cabut lagi banyak tumbuh. Macam aku percaya kata2 orang tu. Kalau dah kurang hormon melanin yang menghasilkan warna hitam rambut tu...memang beruban la wei. Takyah nak cover sangat.

Kalau aku rajin aku letak serum. Kalau malas...memang seminggu sekali jelah. Ada sekali rajin letak, hujung putih yang dekat akar dah hitam balik. Pastu tak buat dah lepas cabut2 lagi..so putih jelah.

Uban mengingatkan aku dengan usia tua, usia perlu lebih banyak amal soleh. Uban mengingatkan aku tentang kematian. Mati tu tiba2. Takde salam zas zas hilang nyawa. Adakah aku bersedia?

Bertaubatlah segera jangan asyik leka dengan dunia ni. Tepiskan bisikan2 jahat yang sentiasa menggoda untuk berbuat dosa. Semoga matiku dalam amal soleh keranaMu Ya Allah. Amin.


Anakku, dunia bukan padang permainan. Tapi tempat mengumpul amalan. Kerana kita tetap akan pulang ke akhirat nanti membawa bekal untuk ditimbang kati. Di atas mizan. Seperti yang Allah janjikan.

6 ulasan:

  1. kalo mak CT yang pendek2 dia suruh cabut.. dia simpan yang panjang ja hahaha..

    BalasPadam
  2. Orang kata uban menyebabkan kulit kepala jadi gatal. Kalau sehelai dua bolehlah dicabut, tapi kalau lebih banyak putih dari hitam??? hahaha...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah saling ingt mengingati, kita pun ada uban gak, geram sgt nak cabut, last cabut jugak, cabut 1 jadi bnyk pulk, lama2 biarkan aje..tpi kita paki minyak kelapa dara beli kat langkawi ari tu, elok la..rambut kurang gugur, kulit kpla tak gatal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ye ke, kita ada minyak kelapa dara tak pernah lak cuba atas kulit kepala.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.