Sabtu, 8 Julai 2017

Kali Ni Pergi Beraya Lah!

Mula2 pergi rumah kawan lama kerja di Petrosains dulu. Masa sampai cam aku je yang ada. Maksudnya kawan2 lain tak sampai2.

Jadi aku pun makan jelah sementara kawan aku tu Nomy sibuk melayan tetamu lain. Laki dia Mozek sekali sekala datang borak dengan kami. Ramai adults. So kena layan2 juga kan. Makanan semua sedap. Ada nasi putih, udang masak cili sedap gila, sayur campur, ketuoat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, laksam, kek cawan, kek harijadi anak Nomy dan kuih serimuka. Dan semua diorang adik beradik masak sendiri. Aku paling suka kuah kacang dan ketupat palas. Ya ampun sedapnya tapi nak makan banyak tak boleh. Satu aku dah rasa tak sihat. Satu lagi nak ke rumah Yome pulak lepas ni.

Banyaklah kami bualkan terutama pasal pendidikan anak2. Sebab Nomy ni buka playschool. So banyak cerita jerih dia cerita. Kena tipu dengan kawan...yang aku kenal pulak tu..ending haruslah gembira. Sebab masih ada orang yang baik kat dunia ni sanggup bagi dia pinjam duit buka kelas sebagai modal tanpa faedah. Sebab modal dulu dah hancuss kena tipu. Eishhhhh aku pulak emo dengar cerita dia.




Kalau rumah Nomy dekat aku hantar Aqlan at least once a week je. So dia suggest aku ke beberapa tempat la untuk Aqlan. Playschool je maa jangan ke taska nanti dia bosan. Memang pun. Sebab anak aku dah tahu 123..ABC.. alif ba ta tu. Cuma skill menulis, melukis, mewarna tak ada. Minat dia lebih pada construction so kami banyak bagi dia blocks. Mainan pun boleh cabut2 ada screwdriver khas bagai..aduhh. Tapi mengikut Nomy anak aku ok.. cuma kena jugak bagi at least 20% untuk art. Aqlan masih kurang bercakap. So perlu kawan playschool supaya diorang boleh berinteraksi jadi....bolehla bagi tahu ibu dia nak kencing ke berak. Ni cuma tahu bagitahu kentut je. Hahaha.

Lepas dah habis borak kami ke Seremban. Aku dah tidur. Tekak makin sakit. 2 biji dah hisap pil diaflame tu. Tekak pun dah kebas2.

Sampai rumah Yome kelam kabut nak solat asar. Mandikan anak terus baru makan. Ada nasi minyak, rendang daging, kari ayam, spaghetti. Aku makan nasi minyakla. Sedapnya. Sakit tekak pun lalu.. tapi memang rasa nak baring je time ni tau. Anak2 pulak semua huuhaa huuhaa...bising diorang ni pantang jumpa. Oklah kan. Jam 10 malam kami balik. Tak borak banyak sebab badan makin lemah. Esok pulak adik aku amik exam untuk kelas master. Adik ipar lak jaga kelas exam. Hehe..kelakar pulak. Tapi adik aku exam di Shah Alam. Adik ipar jaga exam di Seremban. So macam satu situasi tapi tempat berlainan.



Depa punya anniversary 10 years semalam 7 July 2017. Tapi tunggu kami nak potong kek makan sama2.

Gambar2 semua dr hp orang lain. Maklum dah tak sihat nak lelap mata jek...tp selfie sempat pulak kan. Haha.

Budak seusia. Aqlan dan Hanii


4 ulasan:

  1. seronok jumpa kawan2 during raya.. meriah and ceria semuanya..

    BalasPadam
  2. best dapat pegi rumah member yang masaknya bersungguh-sungguh ni,,macam awal3 raya dulu...alahaii..sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kemahuan dan kesempatan kawan tu. Kalau takde penolong masak sorang2 penat juga wakk..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.