Rabu, 2 Ogos 2017

Merawat Dermatitis

Aku memang mudah alami dermatitis. Terutama bila musim panas, pakai baju kain tak sesuai mudah sangatla dermatitis muncul.

Dermatitis ni satu keradangan pada kulit. Ia akan menyebabkan kegatalan. Aku pernah jumpa doktor sebab dah tak tahan dan doktor terus cucuk aku. 6 bulan ok, kemudian datang balik. Kulit sensitif sangat.

Sekarang dah muncul di leher, hari tu di pinggang pun belum sembuh. Kadang jumpa doktor dapat doktor laki, segan nak cerita. Aku prefer doktor perempuan. Tapi kalau dah terpaksa, cerita jelah..Muka aku pun dah start gatal2.

Aku jumpa artikel merawat dermatitis secara alami di SINI. Jadi aku nak tuliskan kat sini sebagai rujukan sebab aku dah selalu sangat kena....

Cara2 merawat dermatitis:-


  1. Minyak Kelapa - sapu minyak kelapa pada kawasan radang setiap hari sebelum tidur
  2. Oatmeal - masukkan secawan oatmeal dalam mandian hangat anda. berendam selama 15-20 minit. lakukan selama satu bulan. (ini tak berapa rajin, lagipun mana ada bath tub kat rumah..hahaha)
  3. Cuka Epal - campur nisbah air dan cuka epal 1:1. gunakan bola kapas untuk manyapu bahagian radang. biarkan selama 30 minit kemudian cuci bersih. lakukan selama bebrapa minggu. cara lain campurkan 2 sudu teh cuka epal dengan segelas air. minum 2-3 gelas sehari.
  4. Lidah Buaya - sapukan jeli lidah buaya segar pada bahaguan radang setiap hari, juga boleh minum airnya untuk kesan kulit yang lebih baik.
  5. Vitamin E - sapu krim yang mengandungi vitamin E setiap hari, juga makan makanan yang banyak vitamin E. (makan ya....,)
  6. Madu - campurkan nisbah madu mentah, lilin lebah dan minyak zaitun 1:1:1. sapu bahagian radang. (macam susah pulak nak cari lilin lebah)
  7. Bunga Chamomile - rendam dalam secawan air panas 3 sudu teh bunga Chamomile selama 10-15 minit. sejukkan. celup kain bersih dalam rendaman dan lapkan pada bahagian radang. biarkan selama 20 minit. atau gunakan krim Chamomile. (ni lagi senang pakai krim jek)
  8. Daun Semambu (Neem) - campurkan nisbah minyak bijan, serbuk kunyit dan daun semambu (aku agak kena blend daun ni dulu) dalam 1:1:1. sapukan pes pada kawasan radang. cara lain, titiskan minyak daun semambu pada air mandi dan berendam.
  9. Kunyit - panaskan 1 liter air dan setengah sudu teh serbuk kunyit, masak hingga didih. minum bila suam atau buat mandian.
  10. Slippery Elm - buat pes dan sapu pada kulit anda.

Kalau dah teruk dan malas tu jumpa doktor. lebih baik cucuk je. senang. hehe..pernah alami kan jadi aku tahulah tahap mana nak ikut.

12 ulasan:

  1. lidah buaya aku ada banyak, kot2 nak meh nak sumbang sikit :D

    BalasPadam
  2. Cara alami lagi bagus compate than chemical =)

    BalasPadam
  3. akk suka yg cara alami..no drug..no chemical..rasa lebih selamat kan

    BalasPadam
  4. dia mcm gegata ke anis?tp kalu buat secara natural betul la kena rajin...kalu nk shorcut terus jumpe doc je

    BalasPadam
  5. Dermatitis mcm mana ye rupanya. Ntah2 mama pun Ada. Kalau berpeluang panaa2 nnti gatal.. tapi eloklah try ubat guna home remedies dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ruam je. Datang dan pergi. Cuaca panas memanjang dan berpeluh2 mudahla dapat.

      Padam
  6. bagus tips2 ni. nak baik makan ubat. nak elak jadi lagi (control simptom) kena sihatkan badan dari dalam. saya penghidap eczema. Alhamdulillah jaga pemakanan, dah 5 tahun tak jadi eczema.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tahu makanan tu akan sebabkan kegatalan tapi tangan tu gatal nak amik juga nak makan. So kita lebih banyak control dari segi jenis kain baju dipakai dan sabun basuh..sabun muka. Syampu..ermm macam2.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.