Ahad, 6 Ogos 2017

Girl's Day Out

Aku ni kan pantang orang ajak keluar. 5 hari duduk rumah je mana boleh tahan. Tapi aku akan pertimbangkan jika laki sanggup jaga anak. Kalau tak aku duduk rumah je memendam rasa. Hahaha..tu tipu. Kadang2 aku memang malas keluar. Ada mood2 jugalah.

So hari ni keluar dengan mak mertua dan adik ipar. Rancangan diorang ialah pergi Plaza One City untuk cari telekung. Rancangan aku terus nak ajak pergi KWC lepas tu. Tapi sebelum tu ke Jakel dulu.

Jadi pagi2 kami dah keluar. Ketika anak masih tidur. Semua kena senyap2. Haha. Kang terbangun leh terbantut agenda.

Sampai di Plaza One City, parking hari Ahad caj RM5 sekali masuk. Kemudian terus naik ke tingkat 1 untuk ke kedai borong tu. Sini beli borong dapatlah harga murah. Rasa nak beli selai tak dapat kot..tak pernah tanya pulak. Sambil2 Mama pilih telekung aku pulak duduk diam2..tapi Jija ni racun bagitahu banyak kaler shawl baru. Dia pun start memilih. Kali ni mahal sikit sebab kain lebih elok. Dah macam kain tudung Naelofar yang tengah dipakainya.

Tanak2 terjebak jugak. Aku bawak cash RM150 je. Aku bajet untuk shopping di KWC dan beli benang je. Tudung tak masuk bajet. Aku pilih bawal la. Sebab laki suka aku pakai bawal kan. Alasan baik la..dah habis pilih nak bayar dah.. si Jija tunjuk pulak bawal dengan bentuk scallop di hujungnya. Cantikla pulak...terus kenan letak balik bawal biasa tu. Hahahaha.

Problem is kena beli 1 kodi. Tak boleh pilih warna. Kena hadap dan redha. Aku pulak cam hurmmmm..tapi aku amik jugak bila Jija cakap ok dia akan amik warna apa yang aku tanak.

Lepas tu baru beli benang. Aku dan kedai alat2 jahitan tak dapat dielak. Beli benang pun sebab perlu kann..kannnn..

Masuk Jakel je terus ke tingkat 3. Takyah nak melalut ya. Mama pulak muka happy je masuk sini. Dah lama nak tukar lamgsir rumah Ipoh. Katanya kalau cabut yang sekarang basuh boleh lerai kot. Hurmmm. Banyaknya pilihan. Aku dan Jija pilihkan jugak. Bagi pendapat la. Aku dengan kaler hijau, Jija dengan pilihan unsur2 pink dia tu lahh. Last2 aku pergi kat area untuk sarung sofa. Wahh paling murah RM28 semeter not bad la. Tapi nak kena beli 25 meter baik aku buat bajet baru je.

Dah kembali kat diorang tengok2 pilihan aku yang dibeli. Sebab kain tu je cukup 20 meter. Nak beli yang kain jarang tu semua tak cukup kain. Murah2 jugalah rasa mertua dapat RM10 je semeter kain langsir tu.

Nak balik minta tolong staff lelaki Jakel angkatkan. Berat gila kot. Aku boleh heret je. Lepas tu dok mainkan perasaan Jija dia nak pergi Ariani balik tak beli baju yang dia dah kenan tu..oh ya sebelum masuk Jakel sempat dia try 4 helai baju. Hahahaha nak buat baju raya haji katanya.

Sampai KWC aku turun dulu. Terus menuju kedai yang aku nak walau dalam hati nak singgah2. Mata rambang wei.


Dah beli barang2 baru aku ke kedai yang jual macm fesyen2 Korean tu. Tanak beli terjebak juga. Sampai 3 helai pulak tu. Apa rasukan ni? Balik rumah sempat main fashion show dalam bilik. Kekekeke..nak sorok barang belian tak patut dari laki tak dapat sebab Mama dan Jija bocor rahsia.


Lepas asar kami semua ke Suraya Kg. Baru makan nasi hidang. Harusla lapar dah seharian shopping. Ya saya happy shopping tapi saya kurang happy sikit sebab bajet beli mesin jahit tepi saya lari sikit 😅😅😅.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.