Asalnya aku nak cari syampu Marini Naturalémagic je. Pastu lama2 dah berkembang pulak kedai ni. Dari hanya sebuah kedai di dalam Tesco Damansara, sekarang ada lagi satu The Labels Luxe di TTDI. So ya, Luxe tu mewah jadi barang2 yang dijual sesuaila dengan nama dan tempat. Kalau kat Tesco tu pun harga mampu milik sesuaila dengan nama tanpa Luxe tu. Hehe.
Tengah fikir nak beli minyak wangi calit |
Okay aku kalau datang kedai ni memang habis kalau terserempak dengan lady boss dia Diyana. Dia ni memang pandai menjual barang. Agak2 tanak beli last2 beli. So better hati2. Dulu2 cash sahaja, now dah boleh pakai card debit semua...ermmm lagilah bahaya.
Lepas tu fikir beli baju raya haji pun best jugak..eh eh.. |
Tapi betul kalau dia takde aku tak membeli sangat. Kalau beli pun takat yang aku dah biasa beli. Kalau dia ada, tah hapa2 aku bawak balik rumah. Hihi.
Anyway Diyana ni sangat peramah. So masa pergi tu sempatlah aku bebel2 kat dia barang yang aku nak takde...last week dah pergi Luxe takde. Dia suruh ke Tesco ni..takde jugak. Haish...
So sempat pulak main tangkap2 gambar, kena interview dan boomerang. Haha. Tapi semua guna kamera dialah..
So 31 Ogos last day sale dia..silalah pergi. Ni bukan iklan berbayar tapi just nak bagitahu korang mana tempat aku suka pergi. Selain menyokong perniagaan bangsa Melayu dan Islam, aku rasa harga yang ditawarkan berbaloi. Aku pun beli 2 helai baju dan satu botol minyak wangi saiz purse. Minyak wangi calit yang aku nak dah habis. Apa jenama tah? Tapi bau dia sedap gila kott..nyesal lak dulu2 datang tak beli..lagipun masa tu dah beli benda lain macam2 kan..udah2la...haha.
So kalau rajin sila tengok produk2 yang dijual di IG: The Labels.
Antara jenama2 yang ada...ko tengok ada Lord Cosmetics. Tu yang aku suka tu..hehe. |
wah..wahh..wahhh..
BalasPadambab shopping kita mmg sama.. tapi i memang jarang shopping online. tak berapa pandai lah.
Kalau dah tahu Shopping online nanti bahaya you....macam2 you nak beli yang tak patut beli pun beli...ehehehe..
Padamkudus mulusss pic.. sila belanja sbb puji. hahhaha
BalasPadamBanjer ko kacang buncis nak? Eh kita patut jumpala lepak makan dekat RSMY Bangi ke..
Padam