Selasa, 15 Ogos 2017

Mandi Dengan Sabun Eucerin Untuk Kulit Sensitif

Untuk sesiapa yang kulitnya sensitif macam aku, yang kejap2 kena dermatitis. Kena panas sikit dah naik bintik2 merah dan muka dah merah macam udang kena bakar. Puas la aku fikir apa lagi cara untuk mengurangkan kegatalan ni.

Google segala mak nenek berkenaan keadaan kulit aku ni adalah terjumpa beberapa blog yang penulisnya kongsi pengalaman mereka. Ada tu sama keadaan kulit sensitif macam aku. Oh baik teruskan baca. Mereka pun dah cuba pelbagai cara. Tapi satu cara mudah nak legakan kegatalan ni ialah mandi dengan sabun yang menambah kelembapan kulit. Jadi bila kulit lembab dan tak kering maka kuranglah nak bergaru tu kan. Kemudian sapu lotion yang sesuai. Haah ye orang kulit sensitif ni belanja untuk merawat kulit agak besar. Special. Bukan boleh pakai taram je produk2 di pasaran.

So untuk atasinya aku pun belilah mandian Eucerin. Aku beli kat AA Farmasi je. Dekat Seri Petaling nun. Lama juga menelaah nak baca semua. Walaupun dah baca dalam web rasmi Eucerin.

Tapi kat kedai ni aku tak jumpa losyen susulan tu. Mungkin aku patut sapu aloe vera je. Tu pun bercinta nak petik daun kat luar rumah. Ingat nak tanam dalam pasu masuk dalam rumah. Senang aku patah2 kan je bila nak guna.

Sabun ni aku jumpa ada dalam botol 200ml RM26+, 400ml RM47+ dan 1000ml tak ingat berapa. Makin banyak makin murahla. Tapi sebab aku ternampak pulak best buy aku pilih yang itulah.. 2 botol 1000ml RM99. Kira sebotol dalam RM50 je.




QR code tu aku scan takde apa pun. Page not found.

So far aku guna 2 hari ni lepas mandi memang kulit rasa lembab. Tapi hilang gatal2 sepenuhnya takdela, especially bila dah start berpeluh.

Macam2 produk Eucerin ni tapi aku beli apa yanh perlu jelah. BTW orang kulit kering cuci muka kena sekali je waktu malam. Kalau 2x cuci bertambah kering. Pulak2 aku yang pemalas nak pakai segala mak nenek after wash tu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.