Khamis, 17 Ogos 2017

Resipi Potongan Ayam Jenis Fillet

Ayam jenis fillet ni kalau tak buat fillet goreng yang dicelup dalam tepung, telur dan bread crumb tu memang tatau nak masak apa dah. Laki beli sekilogram pulak tu dari Sri Ternak. Kenalah memikir. Google sudahlah...bukan tahu masak or reka2 masakan sangat pun kan..


Resipi asal ni dari penulis di Australia. Adalah benda yang aku tambah dan buang ikut apa yang ada dan tuntutan agama. Sebab asalnya ada wine. Kalau ko tengok resipi omputeh ni memang banyak pakai wine.

White grape juice - Use white grape juice as a substitute when you want to add sweetness, or deglaze the pan. For a punchier substitute, try mixing a tablespoon of vinegar or lemon juice per cup of grape juice. Chicken or vegetable stock - Substitute stock for white wine when you want to add depth of flavor to a dish.

Agama Islam tak melarang makan sedap. Tapi janganlah makan benda haram demi nak makan sedap. Jangan melampau.

Okay resipinya ya...berdasarkan apa yang aku masak hari ni..aku ganti wine tu dengan bawang Holland bagi rasa manis2. Ok je.. masak untuk anak juga jadi tak boleh pelik2 sangat ya.


  1. 3 sudu minyak kacang tanah Cap Helang
  2. Ayam bahagian fillet dalam 8 potongan, hiris kiub sama saiz.
  3. Terung panjang 4 biji saiz kecil2 dipotong serong nipis2.
  4. Daun bawang potong panjang2. Aku guna gunting je senanglah wei..
  5. Bawang Holland sebiji dipotong 8 dan dikupas satu demi satu lapisan
  6. Bawang Shallot 4 biji - cincang
  7. Bawang putih 3 ulas - cincang
  8. Lada Benggala warna hijau 1/3 bahagian
  9. Halia 2cm dihiris2 macam batang mancis
  10. 2 sudu besar Sos tiram 
  11. 2 sudu besar kicap cair
  12. 2 sudu besar kicap ABC
  13. 500ml stok ayam - air rebusan ayam
  14. Sedikit garam
  15. Daun ketumbar sebagai hiasan


Mula2 panaskan minyak kacang tanah. Masukkan bawang merah dan putih yang dicincang. Aku guna chopper Tupperware. Mudah sangat kerja. (Aku bukan ejen ok). Kemudian masukkan halia..bila dah berbau masukkan ayam. Masukkan 3 jenis sos kicap tadi. Masak sekadarnya jangan sampai perang. Ketepikan.

Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak kacang tanah. Masukkan lada benggala, bawang Holland dan terung. Masak hingga keperangan. Ketepikan.

Dalam kuali ayam tadi, masukkan stok ayam, didihkan dan masukkan bahan2 dalam kuali berisi terung tadi. Apabila mendidih masukkan garam dan daun bawang. Hiaskan dengan daun ketumbar. Makan panas2 dengan nasi putih. Nak pedas makan sekali dengan cili burung kecik2 kaler hijau tu. So yummy.

4 ulasan:

  1. Resepi macam ni, diratah pun sedap juga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..yang last2 tu saya ratah je sebab nasi dah habis.

      Padam
  2. Assalamualaikum sistahh! heheheh long time no see ..laa tukaq jadi chef plak noo?? hhuhuh.. hang sehat dak??

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.