Jumaat, 11 Ogos 2017

Bila Anak Suka Makan Sup

Kadang2 memang tak tahu nak masak apa dah untuk Aqlan. Buntu dah. Tengok blog2 mak2 orang lain siap berbento bagai. Aqlan ni dia makan nak sedap je. Paling ringkas roti dan jam. Jam pun nak yang sedap jugak. Lain macam je tak makanla roti tu.

Sejak aku bagi dia makan nasi dengan sup daging, kuah yang diberikan memang banyak penuh perisa sebab masak dalam pressure cooker, jadi dia memang tunggu je dekat meja nak makan. Dia ni beradab jugak. Kalau tak sedap pun dia akan cakap ermmmm yummy, kemudian cover mulut dengan tapak tangan. Tapi kalau sedap dia duduk je nganga mulut. Sampai kenyang dia akan pergilah tak datang dah.

So itulah yang terjadi...siang makan nasi dengan sup ekor perisa rempah siam Adabi. Malam nasi dah habis, dia makan kentang, lobak, bunga kobis yang dalam sup tu. Pastu....dia teringat buah kiwi dalam peti ais..so babai la sup. Buah kiwi menang.


Cara aku makan sup ekor ni pulak nasi kat bawah sekali. Pastu masukkan sup sepenuh mangkuk. Yums.

6 ulasan:

  1. eh sama lah kita kalau makan nasi dengan sup memang sampai tenggelam nasi tu baru sedap hihi

    BalasPadam
  2. Saya pulak asyik masak sup ayam je... Anak kecik lagi so nak masak pelik2 malas... Kikiki... So masak sup senang... Sumbat protein sayur semua...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/09/pengalaman-yang-tak-dapat-dilupakan-semasa-mengandung/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa budak tu umur setahun setiap minggu masak sup ayam sampai kami yang muak. Bila dia dah besar kenalah pelbagaikan walaupun hakikatnya malas tapi nak budak tu membesar dengan sihat kan.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.