Sabtu, 19 Ogos 2017

Nasi Lemak Pagi Sabtu Di Pandan

Apa sarapan kegemaran korang pada hujung minggu? Aku suka masi lemak, roti canai dan tose. Tose susah sikit nak didapati di kedai Melayu..nasi lemak dan roti canai ada je...

Sabtu pagi kami breakfast sampai jauh ke Pandan. Alang2 nak jumpa kawan dan pergi farmasi cari losyen.

Waktu tiba dah 9 lebih. Tapi orang masih ramai dan meja penuh. Tapi syukurlah kejap je dah dapat duduk.

Gerai jual nasi lemak ni berhadapan dengan sebuah bengkel kereta. Mudah je nak cari. Dekat tapak pasar malam.

Tengok macam2 lauk ada jual. Nampak sambal.paru terus pilih. Ambil juga telur mata. Dan minum teh tarik. Laki aku bila aku dah duduk dia pergi pilih pulak. Dia jumpa kari ayam terus muka happy.

Ramai juga pelanggan di gerai ni. Siap aku tengok ada yang tapau dengan pinggan2 sekali bawak masuk dalam kedai mereka. Yang berdekatan lah. Yang makan ramai...yang bungkus pun ramai.

Tapi jalan ni sibuk..memang tak boleh bawak budak kecik tu. Puas karang nak kontrol dia. Nasibla adik ipar jagakan. So sebelum balik kami tapau nasi lemak paru untuk dia dan roti canai untuk Aqlan. Kemain suka budak tu makan.

Bila2 free datanglah makan di sini.


Pekat dan manis 

Sambil makan sambil tengok kucing bawah kereta

Overall sedap boleh repeat lagi. Hehe. Tak ingat pulak kena berapa RM.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.