Khamis, 10 Ogos 2017

Menjadi Juga Prawn Bisque Aku

Lama dah nak masak. Bahan tak cukup. Pastu sakit on off. Hari ni akhirnya semua dah sedia. Jadi pagi2 keluarkan udang dulu la kasi lembut.


Resipi ni aku ambil dari FB. Buku Resipi Chef Amatur namanya. Aku tergerak hati nak masak bisque ni sebab dah berapa kali aku tengok peserta MKR masak. Jadi nakla juga cuba. Tengok rancangan masak pun boleh telan air liur.

Ok Apakah Bisque Ni?

Bisque is a smooth, creamy, highly seasoned soup of French origin, classically based on a strained broth (coulis) of crustaceans.[1] It can be made from lobsterlangoustinecrabshrimp or crayfish.


coulis (/kˈl/ koo-LEE; French) is a form of thick sauce made from puréed and strained vegetables or fruits


Sumber: Wikipedia.

Haaaa jadi nak fefeeling orang Perancis silalah masak Bisque ya. Sup je pun. Hehe.

Ok kalau tengok gambar aku tu, bisque kelihatan pekat. Itu bergantung pada kecairan air udang yang dimasakla. Resipi tu memang ada yang aku tak dapat bahannya. Iaitu heavy cream. Jadi laki aku gantikan dengan cooking cream jenama Emborg. Takpe..aku masak je.

Resipi

500gm udang dikupas kulit dan dicuci bersih. Kulit diasingkan untuk direbus kemudian. Jangan dibuang pula.
2 sudu besar mentega Emborg.
2 cawan air @500ml

Panaskan kuali masukkan mentega. Cairkan dan masukkan kulit udang. Sambil masak tekan kepala udang untuk keluarkan isinya. Masukkan air dan reneh selama 15 minit. Bila siap blend dan tapiskan.

Sambil2 tu...

1 biji bawang besar
1 batang lobak
1 biji tomato
Kesemua diatas ni dipotong dadu

2 batang celery dipotong kecil2
2 sudu besar sos tomato
2 helai daun bay
Sekotak cooking cream Emborg saiz 200ml
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun ketumbar sebagai hiasan

Panaskan kuali. Masukkan mentega. Goreng udang dan bila dah berwarna lain angkat keluar dan cincang. Aku guna chopper je. Sebelum terlupa, asingkan 2 udang sebagai bahan hiasan.

Dalam kuali yang sama kemudiannya masukkan bahan2 yang telah dipotong tadi iaitu bawang besar, lobak, celery dan tomato. Masak selama 8 minit.

Masukkan sos tomato dan daun bay. Masukkan juga air udang yang telah ditapis dan separuh dari udang goreng yang telah dicincang. Reneh selama 30 minit.

Kenapa 30 Minit? 

Coulis ialah teknik untuk mendapatkan rasa dari kulit kerang-kerangan. Masa yang lama dengan api kecil diperlukan untuk menghasilkan broth yang penuh perisa. Memang letih menunggu. Pakailah jam masa dan duduk2 layan perasaan masa tu sambil kacau sekali sekala. Jangan dibiarkan hangit pula!

Setelah siap keluarkan daun bay dan blend semua bahan2 lain. Aku gunakan chopper untuk hancurkan. Terlupa ada blender tangan tapi aku tak rasa nak buat macam puree makanan bayi pula. Mungkin sebab itu bisque aku tak begitu halus. Tapi sememangnya aku lebih suka teknik macam tu.

Siap blend masukkan semula dalam kuali tadi. Campurkan separuh lagi lebihan udang yang dicincang tadi. Serta campurkan heavy cream. Dalam kes aku pakai cooking cream. Ok juga. Masukkan juga garam dan lada hitam. Hari ni aku tersalah masukkan serbuk lada putih tapi bukan boleh patah balik. Jadi teruskan je. Nasib tak tertuang banyak. Kalau over powering sayang pulak rasa udang tu hilang.

Prawn Bisque sesuai dimakan dengan roti Perancis. Dah makanan Perancis kan. Sapulah mentega bawang putih dan bakar 5 minit dalam oven.




Yang ni memang sengaja tak disapu mentega bawang putih. 

Makanan ini sesuai untuk 3 orang dewasa. Amat mengenyangkan.

2 ulasan:

  1. i kan paling fail masak udang selain dari sambal. mcmana haa nak dapat udang yg mcm fresh crunchy.. ke i slalu over cooked meh??? kakak buatkan bisque tuk adik pliss..hahah. wei, blog ak kena private kejap. ada issue kelakar seram terjadi. hahahhaha. so tayah rindu sangat kat aku naa..hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udang patut masak kurang 2 minit je. Ko terlebih memang liat la dan tak sedap.

      Selalu kita masak udang dalam kuah jarang goreng2 ni.

      Aku rindu baca blog sememeh ko tunggi juga mana cerita merepek hang tu...hahaha.

      Ko nak bisque udang ya..ko ni macam2..haha kenyang makan udang weiiii...menyandar macam ular lepas telan kambing.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.