Ahad, 13 Ogos 2017

One Night Stay At Concorde Hotel, KL

Tak pernah tidur sini. Baru pertama kali. Masa check in tak ramai orang pun. Oh ya semua booking laki dah buatkan terlebih dahulu. Harga bilik semalam dengan breakfast untuk 2 orang dewasa RM279. Harga breakfast untuk setiap orang RM65 dan kanak2 bawah 4 tahun percuma. Masa dapat key card tu pada kertas sampul kami telah dicop upgrade. So kami tak tahu patut bilik jenis apa yang dapat dengan harga macam tu.

Bilik 0918



Bilik kami menghadap KLCC dan nampak kolam renang di tingkat 1. Ada 2 jenis kad. Satu coklat untuk activate electric. Satu lagi hitam untuk access elevator ke tingkat mana dan untuk kunci bilik. Masa laki bagi kad kat aku dia terbagi kad electric. So kenalah tunggu sekejap cleaner datang bukakan pintu. Nasib ada staff yang angkat barang tu. Dia pun gunakan kad dia masa aku nak naik lif. Hahaha. Itupun siap dia ajak turun balik sebab takde kad masuk bilik, dan tiba2 dia terfikir pinjam kad cleaner dibilik berdekatan. Bijak kau dik.

Room Interior




Takde bidet.

Katil double bed katanya tapi macam tak je. Tilam dia best gila. Cam baring terus nak tidur. 

Radio tu JVC je. Tapi audio dia best sampai laki nak beli satu. Ada lagi ke jual?

Budak paling bahagia.

Dalam bilik kami lepak2 je sebab nak jumpa kawan kejap lagi. Aku pun lepas duduk2 terus mekaplah. Tak dan kat rumah tadi. Sempat sapu bedak je. Patut jumpa jam 4 last2 jam 5.15 camtu baru jumpa. Aku pun siap kena tanggalkan mekap dan solat asar pastu pakai balik. Lega dah tukar semula facial wet tissue aku. Kalau tak rasa burning je kulit muka tu lepas tanggalkan mekap.

Dinner/Ala Cartè Di Melting Pot

Untuk dapatkan diskaun makan di Melting Pot jika korang ambik buffet dinner je (untuk hotel guest sahaja ya). Harga buffet RM110 bermula 4-31 August 2017. Itu yang aku tengok pada kad atas mejalah. Aku dan kawan2 malam tu just minum teh dah sepotong kek masing2. Teh tarik RM22 segelas dan no refill
dan sepotong kek RM15. Kat sini masing2 buat lawak bodoh pasal harga teh. Tapi teh memang kaw. Ann je tak amik teh di tu suka minum kopi lagi.

Breakfast Di Melting Pot




Breakfast start seawal jam 6.30 pagi. Kami makan tak banyak tapi serba sedikit. Aku mencuba nasi impit dan kuah lontong, nasi lemak, buah-buahan, pastri, scrambled egg. Minum kopi dan jus.

Aqlan suka makan sosej dan sup. Juga telur dadar filing cheese. Kemain ko nak. Bagi susu tanak. Nak minum jus oren. Hamboi.

Laki aku makan banyak tak jugak. Tapi yang dia ambil tak sa ma dengan aku. Kami ke tempat makan awal jadi kami dapat pilih meja tepi tingkap. Sambil makan nampak orang yang masuk run. Ada baju biru dan kelabu. Ada juga parents yang tolak stroller anak. Sungguh tabah ya. Kami pulak makan sambil tengok korang lari2. Kami bila nak lari balik macam dulu2 sebelum ada anak ni?


Habis makan kami sambung tidur. Ya baju berenang tak bawak. Sebab tu tak dapat mandi. Satu beg tertinggal. Kesian Aqlan tapi sebab dia tak nampak pool tu takpelah.

Masa dah nak balik panggil bell boy cepat je datang. Lepas turun nak check out tengok ramainya guest. Ada 2 wedding. Satu kaum Melayu dan satu lagi Cina. Penuh lobby.


Kami lega bila dah keluar. Sampai terlupa nak pergi HRC tengok baju sebab ada diskaun 15% untuk hotel guest. 

6 ulasan:

  1. furniture hotel nampak mcm dah old skul ye beb? ke mmg soheh kena refurbish? bfast spread dia ok? depa kat mandarin kat klcc tu bfast buffet manthop... i sayup sangat nak tinggal kat tengah2 kl-ampang tu..sbb buka tingkap nampak dapur umah mak..hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi hotel tu nak kena roboh. Buat apa dia ganti baru kan. Breakfast biasa je. Nak kata super sedap tak bolehlah.

      Padam
  2. nasib budak tecik tu tak nampak pool.. kalu tidak.. merengek tak bhenti la nak terjun pool hhehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa balik nak ke parking bay dia nampak pool..terus jalan slow2. Abah dia cepat2 jalan..haha.

      Padam
  3. nak roboh dah ke.....sian xbwk baju..nasib aqlan xnmpak pool..heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan budak dan swimming pool berpisah tiada.

      Memang nak roboh tatau bila. Dah lama bangunan tu.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.