Ahad, 13 Ogos 2017

Kedai Makan Jual Ketam Di BK5

Tajuk tak boleh nak fikir dah. Sebab utama tak ingat nama kedau dah. So suka hatilah kita panggil kedai ketam.

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa minggu pertama dan ketiga. Makanan utama dah tentu ketam. Tapi aku tak minat makan ketam sangat. Sebab malas nak kopek kulitnya yang keras tu. Jadi aku prefer ketam kulit lembut.

Makanan yang kami order sesuai dengan perut yang tengah lapar. Semua orang pun nak makan nasi ya. Yang takde dalam ni ialah nasi goreng, nasi putih 3 pinggan dan telur dadar 2. Kami asa order ayam butter tapi tak sampai2. Rupanya staff tak tulis. Itulah lain kali kena repeat order. Kami juga minum air cincau.





Sangat kenyang dan sedap ya. Ermm boleh datang lagi. Simpan untuk emergency bila dah tatau nak makan apa.

Kat area sini ada je Chibiuk tu tapi kami rasa overpriced. Harga makanan dan minuman yang kena caj dalam RM90++.

2 ulasan:

  1. Kenapa terlupa nak ambik gambar kedai. Kan tak lupa nama kedai kalau ada gambar tu.

    Kedai ketam? Nanti pembaca ingat ketam tu alat pemotong rambut pulak. Anis-anis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu kita ketam tu ialah perbuatan untuk retakan permukaan kayu. kalau rambut, ketak. kikiki.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.