Ahad, 21 November 2010

Raya Haji 2010

di pagi raya, aku memandu keluar dari kawasan rumah terus menuju ke rumah emak di Pahang. jalan lengang, hati rasa lapang. pemanduan pun best saje. sampai rumah jam 10pagi. 2 jam driving untuk perjalanan 160km. 

disebabkan hanya aku berdua sahaja dengan emak, maka emak menunggu aku balik baru dia hendak makan. di pagi raya, kami makan soto nasi.
 belum isi kuah. makan banyak2 ulang2 sampai perut buncit
kemudian makan rempeyek sambil menengok TV. rasa gembira jadi tapau bawak balik rumah sikit.

raya ke-2 adikku sampai. saja nak buat surprise untuk mak katanya. aku pun tak cakap dengan emak. sebab adik dah janji nak balik Jumaat. tiba2 hari khamis sampai. mak pun mulalah kelam-kabut nak masak apa. adik bawa balik daging akikah Hannan.
mata tetap besar..gigi dah tumbuh 4 batang.

2 ulasan:

  1. soto...lam adah xmkn soto..skrg musim sejuk mmg sesuai lah mkn soto nie..pastu mkn ngan cili kicap...fuh..terangkat..

    BalasPadam
  2. suka je makan soto air tangan emak kan..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.