aku bercakap2 dengan beberapa orang perempuan berjawatan tinggi. cakap2 aku ni bukan berbentuk temuramah yang rasmi. cakap2 mesra sebab dah kenal lama..
aku kagum dengan perempuan2 yang menelaah pelajaran disamping kena menjaga rumahtangga. contoh terdekat adik ipar aku.
aku juga kagum dengan bos aku menghadapi dugaan perceraian pada ketika usia anak2 telah meningkat remaja dan akhirnya telah pun bersuami baru.
aku juga mendengar keluh-kesah seorang perempuan janda beranak dua yang akhirnya telahpun selamat menjadi isteri kedua seorang lelaki kaya. begitu susah payah dia di kota ini mencari rezeki untuk anak2nya yang dijaga ibu dan bapa di kampung.
dan juga seorang perempuan yang memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta terkemuka di Malaysia, bagaimana dia meneruskan hari-hari hidupnya tanpa seorang suami. bukan dia memlilih untuk bersendiri tapi kerana dirinya telah dijampi.
wanita, walau setinggi manapun pendidikan dan jawatan atau kekayaan yang dimilikinya, dia tetap perlukan seorang suami. seorang lelaki.
antara sebab2nya ialah;
supaya tak tertipu dengan lelaki lain yang cuba mengambil kesempatan atas ketidakketahuannya tentang dunia permotoran~nak servis kereta, membaikpulih rumah, nak bayar saman...dan macam2 lagi benda mak nenek yang akhirnya mesti disettlekan oleh kaum lelaki.
aku memberi sebab2 diatas sebab itulah yang selalu perempuan hadapi. teutamanya bila kali pertama kena..
jadi kalau ada perempuan diluar sana berkata "AKU TIDAK MEMERLUKAN LELAKI DALAM HIDUPKU" maka itulah kata2 ego paling besar yang diucapkan olehnya.
mungkin dia boleh tidur malam2 tanpa suami, boleh keluar berjimba tanpa teman lelaki..tapi akhirnya dia tetap perlukan dispatch yang confirm lelaki untuk menolong bayar samannya, renew lesen memandu, hantarkan kereta untuk servis.
perempuan memang perlukan lelaki dan begitulah sebaliknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.