Khamis, 11 November 2010

Kena Tetak

kawan aku Rudy kena tetak dgn parang semalam.

aku belum tanya beliau kisah sepenuhnya tapi kawan aku Mimy dah update aku sepenuhnya pagi tadi.

Penyamun sekarang memang melampau...berani mati buat kerja2 mengeluarkan darah atau nyawa orang.

last year adik kawan aku kena rompak depan rumah dia selepas saje mematikan enjin kereta. aku pulak selalu pergi amik kawan aku ni kat depan2 rumah dia malam2...

sekarang aku rasa aktiviti malam aku kena kurangkan.

aku berterima kasih pada kawan2 yang caring pada keselamatan aku..aku selalu perasan aku minah brutal dan membayangkan yang aku boleh terajang motor or sepak perompak..

sebenarnya aku tak daya..

kepada kawan2..sila baca doa sebelum keluar rumah.

"Bismillahi tawakkaltu a'lallah wala haulawalaquwwata illa billahil a'lliyyil a'zim"

paling mudah baca Bismillah je. kita taktau apa yang bakal terjadi kan..

*********************************

update. aku baru je balik lawat rudy dirumah bapak beliau. kat sana jumpala awien yg kena gak sedikit tetakan..kepala dia kena gam la..rudy kena jahit 5 jahitan..kesudahan kepalanya dibotakkan habis. kata awien, masa mandikan rudy bau hanyir darah kuat. menitik air mata aku...

rupanya rudy kena tetak selepas dirompak. modus operandi rampas kunci kereta, tetak supaya tak kena kejar balik.

mereka cuma mangsa yg dipilih secara rawak.

neena pulak jadi saksi segala2nya. duduk kat seat belakang serah apa je yg ada..hilang dah beg coach limited edition kaler pink beliau.

za kat seberang jalan je parking, dia ingat 2 motor yg berhenti kiri kanan kereta rudy ialah kawan2 rudy. alhamdulillah je dia tak keluar.

ramai kawan2 blogger yg datang melawat. tak sangka buat blog menambahkan ukhuwah antara kami semua..

cerita lebih detail mestilah dari tuan punya badan. trauma kan. aku pun takut2 je sekarang ni..

6 ulasan:

  1. zaman sekarang..moga ditabahkan hati member kamu tu.

    BalasPadam
  2. tu la, aku pon scary skrg nok...
    nk kunci pintu ofis pon rase x selamat. dah la kawasan bank aku ni...
    bersamalah kite saling beringat...

    BalasPadam
  3. sian nyaa depa.......habes suda ilang beG kesayangan kakneena.....takpa kakneena pasni kmpl duit beLi len ke...janji akak selamat sumenya...

    thank's anis...share info di sini....

    doakan semoga depa Sume ok..kembaLi.......

    BalasPadam
  4. eeihhh..bahye btul eyh hedop sekarang ni!takkan nak ke mana-mana kita nak pakai baju besi cawat besi jaa sepanjang ari?
    *semoga hidup kita semua senantiasa dilindungiNya*
    SRi selalu baca ayat kursi especially bila nak keluar ke mana2--insyaallah selamat X)

    BalasPadam
  5. salam...

    saya just blogwalking..baru tau pasal blog ni.

    anyway, kalo ada masa silalah ke blog saya.

    regards,
    BLADE EDGE

    BalasPadam
  6. benrauf; member2 masih trauma. emak rudy menggigil2 kakinya masa melawat smlm.

    iena; sentiasa beringat, berwaspada..

    nid; InsyaAllah diorang beransur pulih

    kerabatAstana; mmg kena baca ayat2 Quran ni..tawakkal pada Allah bebanyak

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.