Selasa, 30 November 2010

New Nest

Maal Hijrah 7 Disember 2010 ni. tahun baru Islam akan bermula awal dari tahun Masihi seperti biasa. kerana tahun baru Hijrah mengikut pengiraan qamariah  (bulan) manakala tahun baru Masihi mengikut pengiraan syamsiah (matahari).

jadi tentu ramai yang ambil cuti hari isnin - 6 Disember. kerana pada 7 Disember cuti sempena Maal Hijrah. temasuklah aku. aku bukan pergi bercuti tapi pergi mencuci kaki. masuk rumah sewa baru. bukan sewa bilik baru..hehe..lain macam rasanya. 

setelah berkira bajet bulanan, ditolak tambah kos2 kehidupan, persekitaran, kemalaysiaan..maka aku telah memilih untuk menyewa sebuah rumah. rumah murah je. yang penting mampu bayar dan tak risau sangat soal keselamatan.

deposit dah bayar. kunci dah ambil. tinggal proses membersihkan rumah. buang barang tinggalan penyewa terdahulu ~ berlambak2 la pulak..meja, sabun, minyak..segala macam jugak. lepas dah buang, kena menyapu lepas itu nak mencuci, nak keringkan lantai dan pasang tikar. barulah boleh pindah sepenuhnya.

orang bujang lain mungkin pindah satu kereta je. barang2 aku kena sewa lori. 

sehingga kini belum cari lori sewa. barang dah 80% kemas. letih. bersambung kemudian.

6 ulasan:

  1. pindah randah nie memang memenatkan...
    dah pack, proses unpack plak...
    all the bestttt :)

    BalasPadam
  2. wahhh bestnye pindah umah baru..kalau ada house warming jgn lupa ajak kita hahahaha

    BalasPadam
  3. dapt gak new nest...sian ko kan lama cari...nnt pindah habaq mai...leh aku suh laki aku tlg angkut..hehe

    BalasPadam
  4. ooo eri chan nk pindah umah...mmg penatlah pindah umah nie...xpe..pelan2 kemas yer..

    BalasPadam
  5. pindah umah memang sangat memenatkan..huhuhuhu letih wey letih..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.