Isnin, 21 Mac 2011

Mencari Kekasih

kekasih tak perlu dicari. jika dicari dia takkan muncul. yang muncul ialah si pencuri hati. yang melayan dan melimpahkan hadiah dan budi untuk dikenang. yang sentiasa bermurah hati dengan senyuman, kasih sayang dan aksesori tambahan.

adakah mudah untuk jatuh hati? tidak. adakah mudah memberi hati? tidak. tetapi adakah mudah menjadi orang yang tak kenang budi? tidak. 

jika hari2 diisi dengan panggilan pagi untuk bertanya sudah sarapan? sihat? pasti akan rasa sesuatu yang kehilangan bila tiba2 amalan itu dihentikan. dari rasa meluat timbul suka, kemudian curiga. dia suka atau nak mempermainkan sahaja?

mungkin telah dating 5-7 kali dengan orang berbeza. tapi tidak semestinya orang pertama ialah cinta pandang pertama. mungkin orang ke-4 ialah cinta sebenar? tapi disebabkan layanan berbeza2, yang pertama paling sukar dilupakan. yang ke-3 paling benci untuk diingati dan ke-6 mungki paling banyak moment lucu dicipta?

berapa ramai yang menyukai dan benar2 mencintai kita sebenarnya? hanya menunggu peluang dan masa untuk ditinggalkan atau mengucapkan kata2 yang ditunggu sejak sekian lama.

" kita berpisah"

"i love you"

"kita hanya kawan"

untuk lelaki yang paling kita tak harapkan cintanya, kita mahu dia ucapkan, KITA HANYA KAWAN. fuh lega. sebab selama ini kita perasan layanannya amat mesra. amat mengambil berat. jika dia hantar sampai ke stesen LRT, dia harap kita sms dan bagitahu yang kita dah selamat sampai. jika kawan2 lelakinya tiada untuk teman makan, dia mahu kita teman dia makan. jika dia mahu shopping dan kawan2nya kata "kau ni macam perempuan" dia harapkan kita menemaninya. its ok. its friend only. dia mungkin akan selamatkan kita dari lautan manusia bila harus balik lepas tengok konsert sambutan tahun baru di KLCC.

tetapi berapa ramai lelaki yang sudi katakan I LOVE YOU bila telah lama keluar dengan kita? mereka mungkin tak ucapkannya. mereka harap kita faham. tapi dari tindak tanduk mereka, kita tahu mereka mahu ucapkan dari perbuatannya. bukan secara lisan.dan kadang2 kita terpaksa memaksa mereka ucapkannya bila kita bosan menunggu. dan paksaan boleh mengundang padah menjadi KITA BERPISAH SAHAJA.

5 ulasan:

  1. sbb tu dlm sesetangah keadaan ade baiknya kite menerima org yg sygkan kite drp menerima org yg kita syg.makan ati je lebih.tp bila ade lelaki yg taknak tunjukkan perasaan sbenar dia...apa kata kite test dia...tgk nk mengaku ke tak..ehehe..

    BalasPadam
  2. Nak kena cari jugak yang betul2 ngam dengan jiwa hati & perasaan kita. Ada muka handsome tapi jiwa kita kata tak boleh terima dia. Jiwa tak selari. Ada muka tak handsome tapi senyumannya manis terpancar dari lubuk jiwa & kita tenang sekali dengannya. Adakah jiwa sudah selari?

    Yang penting cari yang beragama, yang caring, yang tak kedekut, yang responsibiliti, yang hormat kaum wanita, yang sayangkan keluarganya, yang boleh terima keluarga kita dengan ikhlas, yang suka budak2 kecik, yang menghormati tetangganya, yang hormat orang tua, yang ringan tulang, yang bekerja sekurang2nya ada panel klinik pun dah ok kalau ada panel bersalin lagi ok. Yang ada visi & misi tentang masa hadapan keluarga.

    Yang selebihnya berserah kepada Allah. Sebab terlalu banyak dugaan & ujian yang tak tercapai dek akal akan muncul bila dah berumah tangga nanti. Hehehehehe... panjang lebor pulak dah.

    BalasPadam
  3. tepuk dada tanya hati...
    tapi harus gak buat pertimbangan...
    and jangan pulak terlalu memilih...
    iskkkk susah tul nak ckp dlm soal 'jodoh' nie kan...

    BalasPadam
  4. kawan dan kapel jauh beza tuh

    yang penting sekali, sejauh mane kite bawa

    hubungantu ke arah yang betol,tak gitu??

    BalasPadam
  5. tak nak sudah..babai...bukan jodoh la tu

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.