Rabu, 9 Mac 2011

Sambal Tumis Ikan Talang

weekend tak keluar, jadi harusla memasak disebabkan malas nak driving keluar cari makan. takkanla nak suruh orang teman lagi..

aku masak apa yang ada peti ais...aku dah lama tak ke pasar. hahaha...pemalas tahap cipan nak membeli groceries. 

ok la aku bagitahu macam mana aku masak sambal style aku. aku ni dulu masak ikut buku resipi. kejadahnya nak tengok buku resipi benda2 yang dah biasa masak kan? ha..ha..ha..

  • bawang putih & bawang besar kisar = aku bajet dapat 4-5 sudu besar
  • cili kering kisar = aku bajet dapat 5-7 sudu besar
cili kering kisar style aku; rebus cili blend dengan 2-3 titik minyak masak supaya cantik dan menawan...kalau boh air je semata2 biji cili tak hancur..itu petua kakak sulung akula..
  • bawang besar sebiji hirisla bulat2 tu nipis2..
  • panaskan kuali...letak minyak..masak sambal minyak kena banyak..segala mak nenek bahan2 nak tumis tu mesti tenggelam dalam minyak
  • dah panas, start dengan isi bawang, kemudian cili kisar kemudian bawang hirisan tu.
  • agak2 mendidih letak garam gula..agak2la..
  • pastu letak paste asam jawa..aku guna adabi
  • pastu masukkanla ikan talang tu..
 dari kuali
ke dalam mangkuk
marilah makan dengan nasi....sayur campur digoreng dengan sos tiram dan telur rebus.

walaupun geram ada selit rasa bahagia sebab lepas bagi Ping semangkuk, dia punyalah syok makan pergi bercerita kat kawan2 ofis. ada 2 orang je tahu..lepas tu diorang ni order pulak..siap cakap bila nak ajak datang rumah.. sabar jelah..aku ni masak bila happy mood je...tak happy, makanan aku pun tak best..haha

5 ulasan:

  1. err bukan ikan talang ni spesis ikan masin ke?? masin dak ??

    BalasPadam
  2. kegemaran ratu tu sambal tumis.kdg2 kalau tak mkn nasi...mkn roti selet sambal tumis berhari2 pun takpe...

    BalasPadam
  3. TELAN AYAQ LIOR........

    tudiaaa fokus sambai dekat sangat dan-dan lapaq nieh.........

    BalasPadam
  4. mimy; memang ikan masin. sila rendam dahulu ye...

    ratusiput; cecah roti pun layan kan..

    nida; sila masak bawak bekal pergi kerja esok. hehe

    BalasPadam
  5. nak jugak! tlg pos kan ke sini :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.