Rabu, 30 Disember 2015

12 Jam Lagi

Penat. Lapar. Dahaga. 12 jam lagi ke? Kalau kira2 balik rumah dan keluar semula tak sampailah 12 jam. Tapi hampir tu adalah.

Jam 2 petang pergi klinik. Lepas tu pergi Pasar Segar Segi. Siap buat member. Dah bayar baru nak buat..kan dah rugi. Takpe lain kali guna. Bayar fee RM10 setahun. Berbaloi ke? Hurmmm dah selalu sangat dapatkan barang keperluan dapur kat sini jadi okaylah. Maka wallet suami bertambag kembung dengan kad2 ahli.

Balik rumah mandi2 solat bagai keluar balik leoas maghrib. Kali ni pergi Ikea Cheras. First time. Tak ramai orang. 20 minit dah sampai. Okaylah sebab tak ramai takla cranky.

Siap dah ambil barang sikit masuk kafe makan meatball dan kepak ayam. Sedap pulak. Sambung ambil barang dan bayar.

Hurm tengok harga sofa. Hatiku berat nak sofa baru je dari pergi repair sofa lama kos dah RM2000. Kalau beli lagi satu sofa jenis Ektorp 3 seater baru RM995. Hurmm....fikir lagi...sofa lama nak taruk mana pulak.

Pastu dokla mikir projek nak buat rak drill on wall.

Dah dah...beli rak buku satu yang berharga RM59 dan meja menjahitku. Yay.

Udah balik..lapar..haus..semualah..esok je sambung kemas rumah.

Kita dah kena halau balik. Tapi nak juga naik cart Ikea walau ada stroller. Masa ni dah jam 10 malam. Habis bayar jam 10.30 malam.

2 ulasan:

  1. wak pon x penah gi ikea cheras tu lagik., hikhik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak kalau pergi jangan sampai kena halau macam kami. Hahaha.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.