Ahad, 24 Januari 2016

Sarapan

Disebabkan aku hanya tidur dengan lena 1 jam je semalam, minum teh tarik dan mengemas dapur kemudian main game punya pasal, aku ajak laki pergi srapan di gerai Mak Jah di Ampang Jaya. Jauh la dari Puchong kan nak ke Ampang. Hahahaha.

Aqlan pun bangun. tukarkan lampin je sebab sejuk sangat nak mandikan dia. jam 8,12 camtu kami dah tiba Ampang.

kotormya tingkap kereta kann..

dah kena lap sikit dengan air...tengokla awan macam gelombang besar datang dari jauh nak makan kita

aku order lontong. laki tapau lontong dan serawa durian. Aqlan masih tidur dipangku dia. beli sedikit kuih-muih dan mee goreng untuk mak. cadang nak lawat mak lepas makan. lama dah tak jumpa rindulah...

sampai rumah mak, mak pun dah siap masak untuk lunch. disebabkan aku datang tanpa bagitahu semalam jadinya dia masak pun untuk dia dan abang Lut je, aku tak kisah pun sebab aku memang nak balik awal. sudahnya aku lena jap atas kerusi. haha layan ngantuk weh.

lepas bangun terus ajak laki pergi tengok rumput kat Sungai Buloh. anak aku lah paling happy dapat tengok ikan, ayam dan pokok2. actually dia suka tengok ikan dan ayam la... siap sentuh2. sabar jelah kena patuk dek ayam lagi. bukannya dia nangis pun. buat lagi ada. menahan je kan..

kena tangkap sentuh air

boqqq boqqq boqqq boqqq boqqq

dah usha2 harga kami pun balik. aqlan marah la tak habis tengok. hahaha.

aku mengantuk weiii...

tapi siap bagitahu laki eh you...sale Harvey Norman ada lagi tau kalau you nak beli tilam lipat. hamikk..laki aku jom aje.

kami pun pergi Citta Mall dan terus pergi Harvey Norman. tilam tu depan2 pintu masuk je. ambik satu je. senang kalau sesiapa nak datang tidur nanti. kemudian merayap2 takde tujuan kat bahagian elektrikal. terus nampak mixer guna tangan yang aku nak sangat tu. aku tengok2 eh eh ada mangkuk la aku tak mahu..sekali pergi tengok bawah sekali ada mixer sahaja terus aku ambik. aku pun peluk. dan tiba2 ramai pulak orang datang kat rak tu. dan ada mata yang eyeing kat barang yang aku dah ambik. apakah dia harap aku letak balik? sebab dah habis stok. aku ambik tadi tu pun dah last. hahaha memang tidakla aku letak balik...

RM139 dari harga sebenar RM189

Harga RM228. harga sebenar tak ingat berapa tapi kami untung dalam seratus lebih kot.

kemudian laki tanya nak pergi Double A Cafe tak? aku terus nak..sebab nak tengok kek yang aku suka tu...malangnya takde...2x dah pergi, takde...ermmmm...

balik jelah....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.