Ada banyak kad bank tapi tak banyak simpanan pun.
Hari ni baru buka akaun dengan Maybank. Punyalah tanak buka zaman bekerja dengan alasan menyampah dengan Maybank. Boleh gitu? Zaman kerja kat Ampang Point selalu je pergi Maybank situ masukkan duit company. Dah kalau 2 jam baru settle mahu tak angin aku. Haha.
Bank2 lain...
Tabung Haji
Buka akaun sebab nak pergi Haji la suatu hari nanti. Tapi buka pun sebab sekali nak bukan akaun untuk Aqlan. Banyak juga budak tu dapat duit masa dilahirkan. Duit maskahwin pun aku bubuh kat sini. Biar berkat.
AmBank
Terpaksa buka akaun je sebab gaji masa kerjaya dengan MBf masuk sini. Erm tak best langsung bank ni. Masuk duit aku transfer ke RHB. Aku nak tutup akaun ni jauhnya nak pergi Yap Kwan Seng.
RHB
Buka akaun sebab kerja dengan Nadin. Actually masa kerja dengan Petrosains dulu pun dah buka. Dah tak aktif lama.. bila aku pergi katanya dah kena closed. Kenapa tak cakap je aku boleh aktifkan balik dan bayar RM20 tu je macam apa yang berlaku pada akaun salah satu syarikat tu. Ke sebab lain syaratnya. Bank ni kena kekalkan sebab aku bayar insurans dan kereta melalui bank ni.
Public Bank
Bank dibuka sebab kerja dengan Stagno. Aku pun tak ingat aku ada closed akaun ke tak.
Bumiputra-Commerce or CIMB
Bank dibuka sebab nak masuk duit PTPTN. Dah. Tutup dah kot.
BSN
Kena buka sebab nak masuk duit saraan masa matrikulasi. Arwah bapak aku suka bank ni. Dah tutup.
ASW2020
Arwah bapak bukakan akaun. Pelaburan katanya. Sampai la ni masih ada tapi dah lama tak top up. Keluar lagi adalah. Last keluar belanja kawin kot.
Bank Islam
Ni pun arwah bapak bukakan. Lama dah. Dulu selalu pergi keluarkan kat cawangan tepi Stesen LRT Masjid Jamek. Dah tutup kot.
Selasa, 19 Januari 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wahh banyaknye duit mak dalam bank., hehe2
BalasPadamKalau nak buka simpanan di Takaful bagitaulah saya. :)
BalasPadambahekla....tapi saya ni dah tak bekerja susah sikitla...hehe
Padam