Rabu, 13 Januari 2016

RESIPI Ayam Rosemary Adik Ipar

Ini adalah resipi adik ipar. Sharing untuk kawan2 yang terliur tengok gambar ayam tu kat instagram 2 minggu lepas. Aku sememangnya tak mampu nak berbalas jawab di whatsapp lama2.

Kos hanya RM15. Tapi yelah kalau kau dah beli labu...kentang dan lobak tu takkan nak beli takat saiz nak masak. Kos dinyatakan bagi pemakaian setiap bahan yang digunakan. Sebab mix herbs satu botol dah berapa...rosemary segar satu paket dah berapa.....kan?



Ayam seekor dibasuh dan ditoskan
Kentang
Labu
Lobak
Bawang besar
Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam
Masukkan buttercup 1/3 sahaja yang telah dicairkan
Masukkan Rosemary, lada hitam dan mix herbs
Gaul semua tu
Bakar pada 160° dan selama 90 minit

Lebihan ayam dan minyak olive yang digunakan aku masak pasta goreng esoknya. Sedap weh..

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.