Lama dah tak buat ujian darah. Last sekali rasanya lepas melahirkan anak. Siap bayar RM10. Masa tu masih kerja. Ada pulak perkhidmatan bergerak saringan penyakit kat lobi ofis. Ermmm masa tu katanya aku dah obese. Dengan BMI kebih 25. Berat pun dalam 71kg kot. Chettt baru beranak kot.
Now after very long period aku buat lagi. Kat klinik kerajaan. Actually aku memang suka pergi klinik kerajaan. Walaupun kau kena tuunggu lama. Sebab aku berfikiran positif jadi aku relax je. Rugi pulak tak bawak buku cerita untuk dibaca. Ambil nombor je...ada 40 orang lagi di depan aku, hamikkkk.
Kami dah keluar seawal mungkin. Jam 8 pagi dari rumah. Of course la patut keluar jam 7 pagi je. Tapi nak kejut budak lagi. Nak siapkan dia la.
Yang penting jangan stress ya. Dah pilih masanya. Hadapkan aja.
Memang aku rindukan Klinik Tanglin kat Bangsar tu. Superb sangat perkhidmatan kerajaan kat situ.. mungkinkah sebab pola penduduk kat sana yang high end?
Apa pun aku tak putus harapan dengan klinik kerajaan. Aku lahir kat hospital kerajaan kot.
Isnin, 11 Januari 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Okay lah tu..boleh juga berehat-rehat tanpa gangguan ye dok :)
BalasPadamKejap duduk kejap diri. Sejam setengah jugakla menunggu.
Padam