Khamis, 7 Januari 2016

Gloves

Aiyyy bila lah nak start cabut rumput.

Aku nak yang sarung guni tu je...laki beli yang ni. Nanti sakit tangan kalau pakai sarung guni..sayang sungguh laki ya...

Bayangan...

Nak keluar rumah, budak kecil ikut sampai pintu. Buka pintu dia terus keluar cari kasut oren nak pakai. Tak bagi ikut keluar dia start melalak. Bagi keluar.

Lepas dapat keluar terus lari2 depan porch sampai pagar. Lalu atas rumput masuk drain. Keluar drain. Main wayar. Pegang batu. Kutip daun

Mak dia menjerit2 marah tapi lama2 penat buat dekk je..cabut rumput dengan harapan berpeluh2 dan membakar kalori. Atau lemak. Sebab bapak dia kata lengan kita dah start besar. Meaning start gemuk.

In the end....

Rumput habis dicabut tapi tak habis semua sebab dah penat dan budak kecil dah lena serang dengan nyamuk banyak sangat. Tergaru2 dan nanti bapak dia marah anak dia bintat2.

Budak tu patut tidur je. Takyah ikut keluar. Nak bagi budak main tanah je macam kita dulu2. Rilek je mak kita biarkan. Siap main pandai2lah cuci tangan bertanah. Nasib tak baik kena gigit ulat bulu. Nyamuk? Hurmmm...bintat2 la.

Kita ni hati kering. Keras kepala dan degil. Begitulah kata beberapa orang.

Update selepas jam 7 petang.

Lepas anak dah bangun tidur, solat asar siap2..main game kejap...bagi dia susu...dia berak pulak haruslah kena cuci dulu...jam 6 baru aku start nak mencabut rumput.

Jumpa scoop ni lagi mudah aku nak cabut rumput yang dah tebal.

Dah jam 7 petang aku pun kena stop la. Si budak pun dah diri depan pintu rumah nak masuk. Hahaha. Lepas cuci tangan dan kaki kami pun masukla rumah minum2 air. Letih sangatla budak tu.

Aku akui ini aktiviti yang menyeronokkan bagi aku dan anak. Meski dia memang tak tolong cabut rumput..tahu pusing2, masuk longkang, petik daun dalam pasu, duduk atas bangku yang aku patut duduk....alahai anak...mak kau ni dulu2 pun tak kuasa nak cabut rumput ni. Tak minat....sekarang rasa syok pulak...Itupun sebab asyik tengok blogger lain sibuk bercucuk tanam. Aku nak tanam apa? Haaaa...tunggu jelah..akan ku ajak laki pergi Sungai Buloh....

4 ulasan:

  1. selalu juga peratikan gelagat mommy2 dan daddy2 zaman sekarang ni, ada yang terlampau jaga sampai takde kebebasan langsung anak kecik dia bermain2..itu tak boleh, ini tak boleh..kadang naik rimas kita yg tengok ni. Tapi ada juga yang tak kisah sampai buat dek je kat anak tu.. lagi rimas dibuatnya. serba serbi tak kena lah..maklumlah kita ni anak2 dah besar panjag, umur makin senja tak boleh silap sikit. asyik rimas je tengok gelagat org yg tak berapa berkenan di hati..cuma tak terkeluar je dimulut nak mnegur direct.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pedulikanlah dema tu. Tapi ya jangan disekat sangat budak nak main tanah ke selagi tak berbahaya. Kalau tak..kita pun tak tahu antibodi dia takat mana. Ada yang jaga sangat semua tak boleh...kita pun rimas tengok. Hahaha.

      Padam
  2. Ada kawasan bertanah bolehlah bercucuk tanam. Pasti ada hasilnya... :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.