In

Mengemas

Hari ni dari tengahari sampai ke jam 3 lebih mengemas kawasan depan rumah. macam2 benda mak nenek juga dicuci...mainan Aqlan, baldi2, bakul2, alas kaki...dan juga memilih kasut2 lama yang hendak dibaiki atau dibuang..atau kalau tanak bagi orang jelah kan.

Sepanjang mengemas tu aqlan teman selain daripada abahnya menolong juga kemas tepi2. Aqlan teman mestilah nak main air. lagilah air bertadah dalam baldi lagi dia suka. Budak memang suka air, kitalah kena control supaya dia tak mengalami kemalangan melibatkan air yang ditadah atau bertakung.

Dah habis muka masing2 penat. Dahla sarapan pagi makan roti dengan telur hancur je, jadi menggigil kita grab Kinder Bueno je. Aqlan makan juga. Lepas minum susu terus dia tidur.

Jadi sampai la ni kami belum makan lagi tunggu dia bangun tidur.

Lepas kemas habis hujan pulak. Alhamdulillah. Kerja pun settled dalam cuaca mendung jadi takla berpeluh sangat.


Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...