Jumaat, 8 Januari 2016

Botol

Botol susu Aqlan saiz 9oz je. Yang kelakar masa dulu aku beli saiz 12oz. Ingat nak pakai lama. Pastu bila aku rasa dah setahun aku beli barulah. Walaupun gigih stim bagai. Ada masa malas goncang2 je pencuci dan berus.

Botol ni laki beli masa Yuhana nak ditunangkan. Terpaksa beli sebab satu beg susu tertinggal kat rumah. Nak balik Ampang cam tak berbaloi masa tu
Botol yang mudah di grip. Handy dan muat dalam handbag aku. Aku tak gemar pakai handbag besar gedabak. Lagi besar lagi banyak aku sumbat. Dan ada penumpang juga.

Botol ni aku beli kat Manjaku Sungai Petani. Masa ni sale murah sangat. Half price. Aku suka Tommee Tippee sebab puting dia. Haah tepengaruh dengan iklan. Iklan pasal puting dia. Peralihan dari minum dari susu ibu ke susu botol. Puting pun ada jenis2nya. Kalau biasa beli tahulah. Kalau bentuk X tu Aqlan akan menyedut terlalu laju. So aku suka pakai yang lubang biasa je...kalau dia geram dia gigit2 boleh koyak juga. Tapi aku takla guna pendekatan 3 bulan sekali tukar. 2 puting pun dah RM28. Hurmm..tapi sebab ketahanan aku beli jugak. Dan memang tak berniat nak tukar jenama lain. Selain Madela la...itu sebab dah beli sebelum dilahirkan. Pakai masa tempoh menyusu badan je. Zaman kerja...Haruslah mengepam. Adoiii teringat pulak saat2 tu.

Untuk dia ni aku pakai 2 botol. Senang. Kalau 1 botol aku yang kelam kabut kalau hilang. Semalam botol hijau tu baru dijumpai. Hilang sehari setengah. Ermmm tahu jelah bau susu basi.

Pandainya budak ni letak dalam beg Ikea yang aku gunakan untuk angkut air bertapis dari sinki dapur. Erm dia kurang minum air sinki bilik air kami. Tak bertapis kan rasanya ermmm tak sedap. Aku pun tak lalu nak minum..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.